Monday, March 16, 2009

Mangsa banjir Beaufort cecah angka 18,412 orang

Oleh, Myzatul Akhma Janil
KOTA KINABALU: Penduduk di daerah Beaufort yang menjadi mangsa banjir terus meningkat mencecah 18,412 orang, melibatkan 4,603 keluarga dari 68 buah kampung.

Antara kampung yang terjejas teruk termasuk kampung Bakalau, Kampung Cina, Kampung By-pass Limbawang, Kampung Selinsing dan Kampung Kebajang.

Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Bencana Alam, Haji Mohd Sidek Haji Abdul Jubar berkata setakat jam 5 petang kelmarin, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan 9.85 meter.

Bagaimanapun katanya, bacaan itu telah menurun berbanding pada bacaan 9.90 meter pada jam 6 pagi kelmarin.

Katanya, kebanyakan jalan-jalan utama tidak dapat dilalui oleh kenderaaan ringan dan terjejas kepada kenderaan berat khususnya di jalan yang menghubungkan Jalan Utama Beaufort-Sipatang (Roundbout Pekan).

"Di samping itu, beberapa jalan lain menuju ke Sipitang di Batu 6 serta sepanjang jalan menuju ke Bukau, Weston dan Jalan Limbawang Bypass turut terjejas," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati agar orang ramai tidak melalui tempat yang berisiko tinggi dengan masalah banjir dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

"Saya juga menasihati kepada mereka yang berada ditempat berisiko tinggi agar berpindah segera ke tempat yang lebih selamat tanpa menunggu bantuan disediakan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku.

"Justeru, saya meminta kerjasama orang ramai segera menghubungi Pusat Kawasalan Kawalan Operasi Bencana daerah di talian 087-211146," katanya.

Haji Sidek berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan AJK Bencana Alam lain untuk membincangkan langkah-langkah menangani masalah banjir itu.

No comments:

Post a Comment