Hai..kini kita sudah berada di pertengahan tahun 2009. Pasti sudah terlalu banyak laluan dan perkara yang telah ditempuhi sepanjang tempoh itu, yang pastinya lebih mematangkan kita ke arah yang lebih baik.
Paling tidak pun, sekurang-kurangnya pasti keinsafan ada dan ia dijadikan satu lagi pengalaman hidup.
Ada juga sesetengah orang mengangagap kedatangan bulan Mei ini adalah satu kesempatan berpesta.
Iyalah, bulan ini kaya dengan cuti umum dengan pelbagai acara. Kepada mereka yang bekerja, pasti inilah peluang yang harus direbut untuk dapatkan duit lebih dengan bekerja lebih masa.
Aku, tiada apa. kedatangan Mei ini tidak membawa apa-apa kegembiraan. Hanya jariku semakin pantas menghitung hari untuk melangkah.
Entahlah sejak akhir-akhir ini terlalu banyak perkara yang mengejutkan saya. Adakah ia sekadar kebetulan atau ada maksud sebaliknya?
Bukan saja tentang diri saya saja, malah tentang semua orang yang saya kenali. Bukan untuk menyalahkan takdir tapi saya menerimanya dengan hati terbuka sebagai satu keyakinan bahawa ia adalah dugaan dari-Nya yang harus ditempuhi setabah mungkin.
Baru-baru ini aku dikejutkan dengan satu berita yang benar-benar mendukacitakan mengenai seorang insan yang bertopengkan manusia.
Aku dikhabarkan dengan berita seorang insan bergelar ayah yang melakukan perbuatan amat terkutuk terhadap anak kandungnya sendiri yang berusia 8 tahun.
Saya terkejut bukan kerana lelaki itu, tapi terkejut kerana tidak sangka perbuatan dan kejadian terkutuk itu berlaku dalam lingkungan orang yang aku kenali.
Lelaki itu adalah orang yang aku anggap sungguh baik. Bercakap selembut-lembut nada, patuh kepada orang tua dan baik kepada keluarga. Tapi...kebaikan itu semua rupanya sekadar untuk menutupi sikapnya yang buas itu.
Sebelum ini, kita sering terbaca cerita-cerita masyarakat yang melakukan pelbagai perbuatan sumbang. Selepas membacanya, pasti kita sebagai manusia yang mempunyai perasaan pasti mengutuknya habis-habisan.
Tapi, bagaimana perasaan anda sekiranya ia terjadi dengan ahli keluarga atau sahabat handai anda?, yang pasti hanya mampu membisu dan mempersoalkan pelbagai perkara yang timbul dalam kotak fikiran pada ketika itu.
Terbayang olehku wajah si isteri yang menangis dan meratapi segala kejadian. Kemanalah si isteri itu mahu pergi dan menanggung empat orang anaknya termasuk yang sedang dikandungkannya itu.
Ah...kacau juga fikiran ini. Hal diri sendiri juga tidak dapat diselesaikan, datang lagi perkara lain yang sudah pasti tidak dapat dibendung lagi.
Masalah datang menimpa-nimpa, didatangi lagi dengan keluhan dan masalah dari orang lain. Terasa tidak terdaya aku melakukan semua ini dalam masa yang sama. Mengapa semuanya berlaku dalam masa yang sama?
Aku cukup meluat mendengar apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Ini baru dia, haruan makan anak. Ingin muntah aku mendengar si ayah yang dianggap dapat mempertahankan anaknya sendiri berlaku lagak binatang dengan darah dagingnya sendiri.
Aku difahamkan, si isteri akan melaporkan perkara itu ke balai polis dan dia sudah bertekad untuk memfailkan tuntutan cerai di mahkamah sekiranya suaminya enggan menceraikannya secara baik.
Apa yang amat dikesali perbuatan lelaki itu sebenarnya sudah lama diketahui oleh adik ipar dan adikberadiknya yang lain namun tidak mahu membuka mulut kerana takut rumahtangga saudaranya itu retak dan bercerai berai.
Namun, setelah si kecil yang berusia empat tahun itu membuka mulut mengadu kepada si ibu bahawa dia telah 'diapa-apakan' oleh ayahnya sendiri, ibunya terus bertindak nekad menyiasat.
Dunianya pasti dirasai bertambah kelam apabila mengetahui perkara sebenar mengenai siapakah sebenar suaminya itu...
Kecewa, marah, benci, jijik dan sebagainya sudah tercampur baur dalam hatinya. Akalnya sudah tidak lagi dapat berfikir secara rasional. Nasib baiklah ada keluarga terdekat memberi kekuatan kepadanya.
Apa yang dapat saya mohon agar wanita itu tabah menjalani hidup ini dalam membesarkan anak-anaknya dan menerima segala ketentuan Ilahi sebagai satu coretan hidup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment