Wednesday, May 27, 2009

Tidak salah berterus terang...

Hari ini aku berjaya!!!!!!! itulah sebenarnya ingin disampaikan oleh seorang rakan sepejabat setelah menceritakan al-kisah cintanya dengan teman wanitanya kepada saya dan seorang rakan setugas lagi.

Sejak mula dia bercerita tertanya-tanya juga untuk apa semua itu diceritakan kerana biasanya lelaki sangat mementingkan ego dan segala kisah cintanya. Yalah, apa yang aku ketahui lelaki sangat menganggapnya terlalu peribadi. Namun, bagi teman itu tidak.

Sebenarnya, teman itu sememangnya sejak beberapa bulan lepas menghadapi sedikit masalah dengan teman wanitanya. Menurutnya teman wanitanya itu telah membuatkan dia berada dalam kegusaran dan tidak tenang kerana sering didesak dengan bermacam soalan mengenai mereka berdua.

Antara desakan yang amat meruncingkan teman itu termasuklah bilakah beliau akan menghantar rombongan untuk melamarnya. Menurut teman itu, perkara itu telah pun dibincangkan mereka sebelum ini dan sudah ada kata sepakat.

Aku hanya katakan "Mungkin dia rindukan kau. Orang yang berada dalam rindu ni selalu fikir yang bukan-bukan".

Dalam masa yang saya, sebenarnya aku sendiri sudah nampak komitmen dan semangat teman itu mengumpul duit tiap-tiap bulan untuk duit hantaran. Kasihan juga tengok teman ini kadang-kadang terpaksa ikat perut kerana mengumpul duit sejak bekerja kira-kira 6 atau 7 bulan lepas.

Sebenarnya, aku 'respect' juga teman itu kerana dia amat berkomitmen dan tahu apa yang dia inginkan.

Setelah berhari-hari itu saja yang menjadi bualan ketika dipejabat dan mungkin juga beliau terganggu, teman itu ambil cuti beberapa hari semata-mata ingin berjumpa teman wanitanya yang berada di Sandakan. Teman wanitanya itu sebenarnya seorang pendidik.

Tidak payahlah cerita apa kisah mereka disana. Tapi sekembalinya ke sini, teman itu kelihatan ceria. Sepertinya masalah yang dihadapinya sudah selesai.

"Mungkin betul juga apa yang kau katakan, kami mesti berjumpa untuk berbincang," kata-kata yang dia lahirkan, yang terlalu banyak pengertian.

Itu kisahnya beberapa bulan lalu. Kini, teman itu sekali lagi mengadu mengenai hal teman wanitanya. Tapi gayanya tidak seperti dahulu yang tidak bersemangat dan lesu.

Di hadapan seorang lagi teman sepejabat, teman itu mendedahkan "tidak mengapa, tapi kali ini aku berjaya!!"

Kenapa berjaya?, "kerana aku sejak semalam tidak membalas sms atau call dia". 'Kenapa begitu?' tanyaku. "kalau sebelum ini, setiap kali bersms aku saja yang bertanya dia hanya menjawab. Dia tidak pernah bertanya tentang aku," katanya dengan sedikit bangga tapi ada nada merajuk.

Aku masih tidak faham dan bertanya lanjut lagi. "Tidak, selalunya sebelum ini setiap kali kami bersms, hanya aku saja yang sibuk bertanya khabarnya, apa yang dilakukan dan apa perkembangannya...(yalah seperti adat orang bercintalah kan...faham-faham sajalah...)...bla-bla-bla..."

Tidak cukup dengan itu, teman seorang lagi turut menghangatkan suasana dengan tokok tambahnya.

"Yalah, saya punya GF pun begitu. Kalau sms pun, saya saja yang banyak bertanya itu ini, kadang-kadang sampai tidak tahu lagi apa mau tanya lepas ini," katanya dengan suara yang besar (suaranya memang besar, jadi luahan hatinya itu seolah-olah marah).

Sambil menaip berita yang sejak tadi tidak siap-siap kerana mendengar cerita mereka berdua itu aku turut menyampuk. "Kesian juga kamurang ni, kalau sampai kamu rasa boring atau rasa 'apa lagi mau cakap lepas ni ya' itu bermakna hubungan kamu pasti amat membosankan" (wah...seperti seorang kaunseling pula)

Teman itu terus berkata," Ya, memang rasa membosankan. Itu sebabnya saya mau cepat-cepat cari GF baru ni sekarang..."

Teman pertama tadi sekali lagi menyampuk "Bukanlah bosan, tapi kadang-kadang terasa aku ni macam tidak ada apa-apa. Aku tidak menjawab sms dan buat endah tak endah begini supaya dia tahu apa yang aku rasa selama ini yang kadang-kadang mahu juga 'menerima' dan bukan 'memberi' saja" katanya memberitahu apa sebenarnya yang dinginkan dari teman wanitanya itu.

Aku terus mengasak teman itu "Teman, GF ko tu bukan jenis yang hidup untuk bercinta saja, dia seorang yang komitmen...." "Ya...sebab itu aku sukakannya. Tapi aku sudah berjaya juga, tidak membalas smsnya semalam!!!" katanya pantas dengan senyuman lebar.

Diam... beberapa saat (malaikat limpas kali).

"Tapi kan... setiap saat aku balik-balik juga tengok handphone kalau-kalau dia ada sms...hahahahaha.." katanya membongkar egonya lelaki membuatkan aku dan teman terderai ketawa.

Walaupun dia katakan berjaya menahan kemahuannya untuk membalas sms teman wanitanya, tapi dalam masa yang sama dia juga mengharapkan agar teman wanitanya itu menghantar sms kepadanya.

Pelik. Itulah orang kata mahu tapi malu. (Bila dah dapat hari2 mahu..&%@%$...)

Walaupun cerita itu habis di situ, dan aku teruskan menyiapkan beritaku sambil mendengar lagu sambil beranalog sendirian.

Rasa lucu dan bertuah. Bertuah kerana dapat mendengar luahan seorang lelaki sedangkan selalunya amat jarang lelaki dapat mendedahkannya. Lucu kerana geli hati melihat gelagat dan nakal teman itu. Macamlah hubungan cintanya itu satu pertandingan, sedangkan pasti teman wanitanya di sana tidak tahu apa-apa mengenai satu kejayaan dan kekalahan.

Apa yang ingin aku sampaikan di sini dari cerita cinta dua teman itu adalah satu fakta dan kebenaran.

Para lelaki di luar sana, percayalah apa yang anda rasa dan apa juga yang anda fikirkan mengenai teman wanita anda sebenarnya itu jugalah yang dirasai dan difikirkan oleh teman wanita anda terhadap anda.... (atau lebih tepat lagi apa yang kau fikir tu, kadang-kadang itu jugalah yang difikirkan oleh orang pompuan).

Oleh itu, kan baik berterus teranglah kalau tidak selesa. Terus teranglah kalau rindu, terus teranglah kalau boring, dan terus teranglah kalau mencintai....Selamat bahagia dan doakan juga aku bahagia :)

No comments:

Post a Comment