Monday, March 16, 2009

Beranikah Rutinim?

Oleh Sahar Buraera
KOTA KINABALU: Seorang penjual telefon bimbit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas pertuduhan menghina Sultan Perak.

Rutinim b Suhaimin, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad atas tuduhan telah mengunakan perkhidmatan aplikasi iaitu Internet Protokol 60.52.46.189 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.duli/duli.html mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu ww.sultan.perak.gov.my dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Rutinim dituduh melakukan kesalahan itu pada 13 Febuari kira-kira jam 6.33 petang di alamat Blok A, Lot 4 Kedai SEDCO 89300, Kundasang, Ranau.

Mahkamah menetapkan 25 hingga 26 Mei depan sebagai tarikh baru untuk perbicaraan kes itu.

Tertuduh yang diwakili oleh peguam Muammar Julkarnain dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan deposit RM5,000 yang dicagarkan oleh dua orang penjamin dari Ranau dan Kota Kinabalu.

Sementara itu, seramai 10 hingga 15 saksi akan dipanggil untuk memberi ketarangan di mahkamah.

Atas pertuduhan itu, Rutinim didakwa mengikut Sekyen 233 (3) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. Peguam Kanan Persekutuan Salim B Soib @ Hamid melakukan pendakwaan itu.

No comments:

Post a Comment