KOTA KINABALU: Utusan Borneo, yang mencapai usia setahun kelmarin, telah menjadi akhbar tempatan berbahasa Melayu paling popular dengan jumlah edaran melonjak sejak memasuki pasaran pada 2 Januari tahun lepas.
Sehubungan itu, satu majlis ringkas meraikan ulangtahun pertama penerbitan Utusan Borneo diadakan di Jabatan Editorial, Tingkat 6 Wisma KTS di sini kelmarin.
Ia didahului dengan acara pemotongan kek oleh Ketua Pengarang Utusan Borneo, Samsul Ali Maran dan Pengarang Berita, Lichong Angkui, sambil disaksikan oleh Perunding Editorial Borneo Post, Eddy Lok serta sebahagian warga kerja Utusan Borneo.
Hadir sama Pengarang Berita Borneo Post, Chiu ...
Kek ulangtahun disumbangkan oleh Cake R & R House, yang terletak di Taman Indah Permai dan University Apartment, Menggatal.
Utusan Borneo yang sebelum ini menjadi akhbar sisipan Borneo Post, muncul dengan identiti tersendiri apabila menjadi akhbar berasingan berbahasa Melayu sepenuhnya mulai 2 Januari tahun lepas.
Dengan motto "Citra Generasi Prihatin", Utusan Borneo menjadi pilihan ramai kerana ia disifatkan sebagai sebuah akhbar yang lengkap serta mampu memenuhi citarasa semua peringkat masyarakat.
Ini kerana ia mempunyai purata 10 hingga 12 halaman yang memuatkan laporan berita tempatan negeri Sabah selain halaman khusus menyiarkan berita nasional dan dunia.
Ia juga mempunyai beberapa kolumnis serta ruangan yang baru diperkenalkan, antaranya Citra Hawa yang disiarkan pada setiap Isnin.
Faktor lain yang menjadikan Utusan Borneo pilihan pembaca ialah ia berada di pasaran sejak awal pagi serta harga pasaran yang murah berbanding akhbar persaing lain.
Kekuatan Utusan Borneo juga terhasil daripada semangat kerja berpasukan barisan petugas, sama ada di peringkat ibu pejabat mahupun wakil-wakil daerah seluruh negeri.
Kini Utusan Borneo mempunyai wartawan di Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Tenom dan Sipitang selain penyalur maklumat dari Kudat, Kota Marudu, Semporna dan Labuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment