=======================
Hari ini airmata ini mengalir lagi... membasahi pipiku yang memerah kerana panas matahari. Kenapa ya? Aku tidak punya alasan. Tapi terasa saat ini begitu ingin menangis dan berkata sesuatu. Tapi tidak tahu apakah dia. Dalam berkeseorangan di pejabat yang sedikit dingin hari ini, aku menatap beberapa helaian kertas catatanku sekembalinya dari sebuah acara. Tapi tumpuanku hilang mengingatkan sesuatu. Hatiku tiba-tiba diserang rasa rindu yang amat sangat apabila membaca emel darinya. Memang terasa gembira kerana kiriman itu, tapi kenapa aku menjadi sendu. Penyesalan seribu penyesalan datang menimpa.Ya Allah, apa yang aku telah lakukan kepada mereka? adakah aku mencari punca? Zalimnya aku.
Tiba-tiba terkenang di mata wajah ibu dan abah yang jauh di kampung. Bukan saja kerinduan menggamit perasaan ini tapi rasa bersalah kerana gagal menjadi seorang anak yang baik dan menuruti setiap permintaanmu.
Maafkanku wahai orang tuaku kerana memilih jalan ini. Sesungguhnya aku berdosa kepadamu. Aku kini menjadi duri dalam daging, hempedu dalam manisan malah hadir pada tempat yang tidak sepatutnya. Aku alpa.
Ibu dan Abah,
Aku tidak pernah pula akan asal usulku. Aku cintakan kamu. Tahukah kamu, aku kini berada dalam duka dan sendu. Tidak tahu kepada siapa untuk mengadu, hanya membisu berteman airmata. Meskipun perkhabaran sering ku utuskan, setiap hari ku pastikan tidak pernah sekali aku lupa untuk menghubungi orang tuaku, tapi terasa ada beban yang menghimpit hati ini.
Ibu Abah serta adik-adik...
maafkan mey2, andai satu hari nanti diriku hilang jejak, usahlah dicari kerana aku cuba membawa diri mencari ketenangan peluang untuk menilai dimana harus ku letakkan diri ini. Wahai adik-adikku, maafkan kakak kerana tidak dapat menjadi seorang kakak yang boleh kamu banggakan. Hanya aku pinta, doakanku agar aku dipertemukan dengan cinta Agong-Nya dan mendapat kembali ketenangan yang hilang.
Wahai abangku, maafkan adikmu kerana adikku ini tidak dapat menunaikan janjinya kepadamu untuk menjadi seorang pendengar yang setia.
Wahai kawan-kawan dan sahabat, rindukanlah aku sebagai seorang sahabat yang baik, maafkan aku andai sikapku mengguris perasaan.
Maafkan aku kerana terpaksa meninggalkan segalanya. Walau perit dan terhimpit, tapi ku terpaksa melakukannya demi masa depan dan kebahagiaan orang lain.
No comments:
Post a Comment