Monday, March 23, 2009

Cinta Di Pelabuhan Sepi

Catatan pada 2 April 2008
=================
Ku renung samudera luar membiru
Hati menjadi perindu
Kepada kenangan yang lalu,
Namun,
Biarlah sendu itu berlalu,
Bersama buih-buih duka yang pilu
Kerana aku tidak mahu lagi mengimbau kisah lalu
Takdir jadi penentu
Lalu ku cari hikmah di sebalik tirai
Ku kutip butiran kaca yang berkecai
Tiba-tiba ada tangan datang menggapai
Lalu mengangkatku dari terkulai
Kini dia hadir jadi perisai
Bagai ombak beralun mesra membelai
Hatiku terkulai dalam dakapan pantai
Damai sungguh jiwa dibuai
Langkahku menjadi longlai
Di atas bahtera ini dijiwaku terasa tenang
Tanpa sepasang layang-layang melintas terbang
Beriringan ke langit tinggi dan lapang
Dan hatiku pun berbisik seorang
Aku ingin terbang seperti layang-layang
Dan hinggap dihati insan penyayang
Walau hati belum sembuh
Walau jiwa tidak tentu
Walau memori tidak terhapus
Akan ku gagahi kerana hidup masih menjauh
Aku tidak mahu berdiri di sini
Aku mahu meninggalkan bahtera ini
Aku tidak mahu lagi
Menjadi penghuni pelabuhan sepi

No comments:

Post a Comment