Monday, March 23, 2009

Jangan mengharap cintaku lagi

===============================
Semua tugasan sudah disiapkan. Agak awal juga siap kerja hari ini. Mungkin jiwa tenang... kemana aku hendak pergi? ingin pulang..terlalu awal. Yakah? atau takut bertemu dengan seseorang yang tidak mahu ditemui. Ahad lepas aku menerima sms dari seseorang yang bukanlah aku benci. (tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk menggambarkan tentang dia). Katanya ingin berjumpa aku kerana sudah terlalu lama tidak berjumpa. Dia bekerja di Sandakan, dan datang ke sini mungkin kerana kerja atau bercuti (tidak pula aku bertanya apa urusan dia ke sini).

Pelawaannya sekadar ambel endah tak endah. Kerana dia bukanlah apa-apa kepadaku sekarang. Mungkin dulu aku pernah melafazkan janji untuk sehidup semati dengannya (biasalah orang bercinta), tapi setelah perjalanan hidup yang dilalui dan apa yang dia buat, tak semudah itu aku memandang dia lagi. Bukanlah aku membencinya, cuma aku mau menjauhkannya dari hidupku meskipun kami mempunyai kenangan lampau. Selama tiga tahun saja hubungan ini dipertahankan. Mungkin tempoh itu cukup lama, nasib baik CJJ (Cinta Jarak Jauh), kalau tidak mungkin sebulan saja kami bercinta.

Sepanjang tempoh perkasihan itu, tidak banyak kenangan yang tercipta kerana aku masih belajar dan dia bekerja di luar daerah. Katanya, biarlah jarang berjumpa, supaya terasa rindu. itu katanya dahulu. Tapi terus terangku katakan, aku tertanya2 hari ini kenapa aku boleh 'tercouple' dengan lelaki seumpama itu? Kerana akal ku kini berbicara dia tidak layak buatku. Memang itu juga yang aku pernah rasakan dahulu, tapi aku bukanlah wanita yang gemar untuk bercinta. Bagiku biarlah cinta sekali seumur hidup dan biarlah cinta ku kekal sehingga mati. Namun semua itu bukan kita tentukan. Sekuat mana aku pertahankan juga hubungan itu meskipun banyak kepahitan yang aku pendam.

Tersenyum juga bila teringat betapa 'budu' nya aku mendiamkan diri demi yang dicintai. Sedangkan dia tidak pernah menghargai. Tidak payahlah ceritakan apa yang dia buat dan apa yang pahitnya, biarlah aku seorang yang mengetahuinya, tidak payah membuka bekung didadanya.

Semalam, dia sms lagi. Katanya sekadar untuk ingatkan temu janji esok. Siapa pula berjanji? aku tidak menjawab smsnya itu sebaliknya medelete sms itu. Begitu 'pegal' aku setiap kali dia sms dan membaca ayat2 sms darinya. semuanya tidak ikhlas dan ternyata seperti 'gila talak'. Memang setelah aku 'brek' dengannya aku pernah berjanji akan membuat dia merana dan kembali mencari aku. tapi itu sekadar kata-kata orang yang terluka akibat ditinggalkan kekasih di tepi jalan. (aduh..sadisnya, lelaki tak guna). Tapi sumpah, aku tidak berbuat apa-apa malah aku dah maafkan apa yang menyakitkan hatiku. Aku redhakan semua yang berlaku dan berharap agar dia bertemu dengan orang yang lebih baik dari aku. Tapi biarlah dia dengan labu-labunya.

Kini, aku ada penghidupan sendiri yang lebih membahagiakan, lebih menceriakan, lebih segala2nya. Walaupun kasih kami tiada lagi penghujungnya, dia adalah seorang sahabat yang baik, kekasih yang sejati dan aku yakin dia mampu menjadi seorang suami yang soleh.

Kepada kekasih lamaku, aku mohon jangan mengharapkan kasihku lagi kerana ia tidak layak buat insan yang buta kasih dan cinta, jangan mengejar aku kerana kasihku kini sudah dimiliki.

No comments:

Post a Comment