William Berubah demi satu pengharapan.
=================================
Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Andai langkah terhenti di pertengahan dilema, pasti ia diiringi dengan seribu pengharapan untuk berpatah semula. Namun, terpulang pada diri sendiri dan kehendak hati untuk melakukannya.
William Chin yang kini berusia 51 tahun mempunyai seribu kisah hidup dalam meniti ranjau menjadi seorang penagih sejak usia di peringkat remaja. Pengalaman hidup melawan gian dadah yang kian sebati dalam tubuhnya, berdepan dengan tomahan masyarakat sekeliling dan herdikan sanak saudara, menjadikan William tabah dan bertekad untuk berubah menjadi seorang 'manusia'.
Ketika ditemui Utusan Borneo dalam sebuah majlis memerangi dadah di ibu negeri, di sini kelmarin, William yang kini seorang Pastol dan pengasas Pusat Pemulihan Kehidupan, Menggatal sudi meluangkan sedikit masa mengimbas kembali saat beliau terjebak dalam kancah najis dadah.
Bersama kawan-kawan di bangku sekolah seawal usia 15 tahun, William sudai mulai berjinak-jinak mengambil dadah jenis ganjah atas kemahuannya sendiri untuk mencuba.
Hanyut dengan ajakan rakan dan rasa ingin tahu, akhirnya membawa beliau lebih jauh untuk mencuba dadah yang lebih 'gian' daripada itu.
"Apabila sudah terasa sekali pasti mahu lagi, terasa dunia ini adalah hak milik persendirian," katanya ringkas sambil memberitahu bekalan dadah hanyalah diperolehi daripada rakan-rakan.
Jelas beliau, keadaan itu semakin hari semakin teruk sehingga beliau berani untuk mencuri duit ibu bapa, adik beradik serta apa saja yang ada di rumah.
"Kalau tidak ada duit, saya curi duit siapa saja di rumah termasuk ibu atau bapa.
"Lama-lama kerana terpaksa saya mula mencuri duit orang di luar, meragut atau melakukan apa saja asalkan boleh mendatangkan duit untuk membeli dadah," katanya.
Akibat selalu ponteng sekolah dan melanggar peraturan sekolah, William tidak dapat meneruskan persekolahan dan tidak sempat untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Mulai saat itu, hidup saya sudah semakin teruk malah keluarga juga sudah tidak dapat membantu. Kadang-kadang kerana sayang jugalah mereka (keluarga) terpaksa memberi saya duit setiap kali saya minta.
"Mereka selalu marah tapi dalam masa yang sama, sayangkan saya." kesalnya.
Setelah 10 tahun berlalu, William sudah berani mengambil dadah jenis heroin dan minum ubat batuk.
"Ketika itu, penyesalan belum ada lagi. Masih leka dan gian dengan semua itu. Saya lakukan apa saja untuk mendapatkan bekalan.
"Kalau mahu cerita masuk penjara, tidak perlu tanyalah. Kerana terlibat dengan kes dadah, curi gaduh, pukul dan banyak lagi, enam kali saya keluar masuk penjara," katanya.
Bagaimanapun, ianya tidak membawa apa-apa perubahan.
"Di penjara memang tidak boleh berubah kerana di sanalah terkumpul kumpulan yang lebih mahir daripada kita. Di sanalah tempat untuk 'menimba' lebih banyak pengalaman menagih atau melakukan perbuatan jenayah.
"Memang waktu di dalam (penjara) badan sudah berhenti untuk mengambil. Konon nekad tidak mahu ambil. Tapi, apabila keluar dari penjara rasa bebas dan merasakan dunia ini kembali kepadaku," katanya.
Tambahan pula, katanya penerimaan masyarakat terhadap bantuan atau penagih dadah sangat negatif menyebabkan beliau kembali menagih dan bergaul dengan rakan-rakan lamanya.
"Apabila keluar, orang lain pandang semacam kerana saya seorang penagih dan menganggap musuh. Oleh itu, saya kembali mengambil dadah.
"Keadaan itu menyebabkan bapa saya semakin berang dan menghalau saya dari rumah," katanya.
Tidak lama selepas itu, cerita William, beliau ditangkap sekali lagi dan di bawa ke Pusat Serenti Kuching, Sarawak untuk menjalani latihan pemulihan.
"Pada 1978, sekali lagi saya ditangkap dan kali ini dihantar ke Kuching memandangkan ketika itu Sabah belum mempunyai pusat serenti.
"Ketika dalam pemulihan, saya dilatih menjadi seorang disiplin dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Pelbagai program yang mereka berikan selama hampir dua tahun saya berada di sana," katanya.
Bagaimanapun, benarlah kata orang. Semuanya bergantung kepada kehendak sendiri. Selagi diri sendiri tidak mahu untuk berubah, apa saja yang dilakukan orang lain tidak berguna.
William kembali mengambil dadah setelah pulang ke Sabah.
"Namun, setelah dua minggu berlalu, saya mula berfikir dan sudah takut untuk memikirkan apa yang akan terjadi pada saya.
"Hanya dua perkara yang bermain dalam fikiran samada masuk penjara atau mati," katanya menceritakan detik kesedaran yang sudah mulai terbit dalam jiwanya.
Oleh itu, katanya beliau melarikan diri ke Kuching dan berjumpa dengan seorang Pastor di tempat pemulihan beliau dahulu.
Katanya, di sana beliau bertekad untuk berubah dan mula mendekatkan diri dengan Tuhan.
"Dia (Pastor) mengajar dan melatih saya menjadi manusia berguna dengan penuh disiplin dan keagamaan. Walaupun keadaannya sukar, namun saya nekad untuk berubah dan tidak mahu kembali lagi menjadi seorang penagih.
"Dalam tempoh 15 tahun berada di Kuching, beliau kini menjadi seorang Pastor dan bertemu dengan isteri dan kini mempunyai empat orang cahaya mata," katanya.
Pada Jun 2005, William kembali ke Sabah dengan satu tekad untuk membantu mereka yang senasib dengannya.
"Saya kembali ke Kota Kinabalu untuk membuka sebuah pusat pemulihan bagi menempatkan para penagih yang mahu berubah," katanya.
Menurut beliau, sejak enam tahun ditubuhkan dengan hasil dana dari keluarga penghuni dan sumbangan dari Badan Bukan Kerajaan (BBK), sudah ramai yang menjalani latihan pemulihan dan pulih.
"Kini, seramai 32 orang penghuni yang terdiri daripada penagih, salah laku, dan budak-budak nakal yang berumur antara 16 hingga 80 tahun.
"Di pusat ini, saya cuba melatih mereka apa yang saya lalui ketika di Kuching dahulu dengan penuh disiplin," katanya.
Baginya, bukan keluarga atau kawan-kawan yang mendorong untuk berubah. Tapi semuanya terpulang pada kehendak dan kekuatan hati.
William juga tidak menolak hakikat penerimaan masyarakat terhadap penagih dan bekas banduan antara punca golongan itu kembali terjebak ke kancah penagihan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang hendak atau berjinak-jinak dengan najis dadah ini agar mendekatkan diri dengan Tuhan dan menghargai diri sendiri.
"Tiada yang lebih bermakna daripada dapat menjalani kehidupan dengan normal.
"Dadah ada dimana-mana, tanpa bekalan pun seorang penagih pun masih boleh melepaskan giannya dengan membuat dadah sendiri. Hanya kekuatan hati menjadi benteng untuk kita menjauhkan semua itu," katanya penuh insaf.

p/s: Bangga melihat senyuman puas William di samping isteri tercinta.
shalom,
ReplyDeletesyukurlah pada tuhan pastor wiliam akhirnya kembali ke jalan yang benar...semamangnya tuhan itu maha pengasih dan d mana pn kita berada serta apa yang kita lakukan tuhan tetap ada di samping kita...tuhan memberkati semua anak-anaknya.
Ada waktu untuk berduka
ReplyDeleteAda waktu untuk bersuka
Ada waktu untuk berdiam
Ada waktu untuk berkata
Namun diatas segalanya
Ku tahu Allahku bekerja
mendatangkan kebaikan
bagi yang mengasihi-Nya
Disaat yang kualami tak seperti yang kuingini
disaat tiada jawaban
mengapa harus terjadi
namun diatas segalanya
Ku tahu Allahku bekerja
mendatangkan kebaikan
bagi yang mengasihiNya
Mungkin tak ku fahami
apa yg kini aku alami
namun kutahu pasti kasih Allahku takkan berhenti
kan ku serahkan semua pergumulanku pada Mu , yesus
karena ku tahu pasti semuanya kan jadi
Indah pada waktuNya...
ketika kumohon kekuatan,
ReplyDeleteIa memberikan kesulitan agar aku kuat
Ketika kumohon kebijaksanaan
Ia memberi masalah untuk ku mencari jawaban
Ketika kumohon keberanian,
Ia memberi bahaya agar aku berani menghadapi hidupku
Ketika kumohon kesihatan,
Ia memberi sakit agar aku menghargai hidupku.
KARENA ITU BERSYUKURLAH DALAM SEGALA HAL,SEBAB RANCANGAN TUHAN PASTI INDAH PADA WAKTUYNYA...
"DISEBALIK AWAN YANG MENDUNG MENTARI TETAP ADA,DISEBALIK MASALAH YANG TIMBUL KASIH ALLAH TETAP ADA"
ReplyDelete