Friday, March 20, 2009

Sebuah ungkapan yang ku nanti

==========================================
Sudah dua hari aku membiarkan blog dan laman ini tidak terisi. Bukan tiada apa cerita untuk aku muatkan, tapi kerana terlalu banyak untuk aku ceritakan sehingga tidak tahu yang mana satu untuk aku mulakan. Dua hari lepas, aku mendapat emel dari seseorang yang sangat aku nantikan. Gembiranya aku bukan kepalang, sehingga coretan emel itu ku bawa tidur semalaman. Terima kasih kerana kiriman emel itu, kerana itulah yang sangat aku nantikan. Terima kasih sekali lagi kerana memulihkan semangatku kembali. Apa pun, seperti yang yang dikatakan, hidup ini umpama perjalanan melalui sebuah terowong. Selambat mana, atau sejauhmana perjalanan gelap di dalam terowong itu, pasti ada sinar di hujung terowong itu. Ya, aku harapkan sebegitu. Biarlah masa yang terbentang di hadapan menjadi ruang untuk kita masing2 mencari kata hati dan penyelesaian. Tidak dilupakan, agar awak sentiasa sihat dan menjaga orang yang menyayangi awak dengan baik meskipun keadaan tidak mengizinkan.

No comments:

Post a Comment