Petang tadi, aku menerima perkhabaran buruk dari kampung..tertanya-tanya dalam hati, kenapa dan apa yang berlaku, sms ringkas hanya menyatakan "Tolong isikan kredit, ibu di tempat orang meninggal". Siapa yang telah pergi meninggalkan dunia? tertanya aku sendiri dan bergegas menekan punat lif turun kebawah untuk membeli 'topup'. Kemudian barulah aku menghubungi keluarga di kampung.
"Siapa meninggal?" tanyaku cemas... tak terduga dan agak terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh ibu kesayanganku.
Dikatakan, anak jiranku meninggal dunia setelah empat hari sakit. Difahamkan beliau baru disahkan menghidap barah otak.
Sebelum ini, tidak pula kelihatan dia seperti menderita penyakit itu. Innalillah... sambil diiringi salam takziah kepada ibu dan keluarganya.
Dia hanya ku kenali sebagai Zaleha. Seumur dengan abangku. Hubunganku dan dia tidaklah rapat, kerana mereka sekeluarga baru saja berpindah ke sebelah rumah lamaku sebelum mereka berpindah sekali lagi ke rumah yang mereka duduki sekarang.
Bagaimanapun, hubungan ibu dan keluargaku agak rapat kerana waktu kecilku bolehlah dikatakan membesar di rumah mereka, dan aku agak rapat dengan 'auntie' dia.
Setelah kami meninggal dewasa, terasa juga jurang antara kami, namun tidaklah ku endahkan kerana dia dan adik beradiknya seperti 'sukar didekati' (mungkin kita tak kenal hati budi masing2 dan kita pun tidak mencuba untuk mengenali).
Ketika ku di peringkat sekolah menengah, aku masih ingat lagi, rasanya adik lelakinya yang kini bekerja sebagai seorang tentera di Semenanjung pernah cuba untuk mendekatiku. Tapi, mungkin jodoh dan seorang tentera bukanlah pilihanku, ia sekadar di atas angin saja sehinggalah ke hari ini.
Ibu khabarkan, jenazah Zaleha hanya dikebumikan selepas ketibaan adik dia itu. Terbanyang suasana hiba dalam keluarga itu. Aku cuba juga merisik khabarnya dari ibu, dan diberitahu semua masih dalam keadaan suram dan menyedihkan.
Hanya dapat ku titipkan kepadamu Zaleha, agar kau bersemadi dengan aman di sana. Semoga kau ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin... (Al-Fatihah)..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment