Tuesday, April 28, 2009

Munculnya dia...pasti ada yang kena


Mungkin ada yang marah dan sakit hati bila kepala kena ketuk oleh orang sebelah. Tapi bila tengok ada kereta kura-kura depan mata pasti tidak jadi marah dan kepala juga tidak sudah rasa sakit. Tidak tahu pula sejak bila wujud permainan ketuk mengetuk dahi atau kepala setiap kali terserempak dengan kereta kura2 ni. (Kalau saya jadi pemilik kereta ini pasti rasa sedih...) Sorrylah...ini bukannya menghina atau mengguris perasaan mana-mana pihak. Tapi sekadar gurauan saja. Pernah satu ketika kalut apabila bertemu dengan kereta ini. Tidak sedar tangan sedang memegang pisang goreng yang penuh dengan minyak...terus memukul dahi orang itu. Mau marah pun tidak jadi bila kereta itu terkedek2 berlalu didepan mata. Dia hanya mampu tersenyum dan menjerit AH!!!!!..Tak guna punya kura2!!! Aku yang ketawa keriangan kerana berjaya mengenakan orang. Kini, setiap kali terjumpa kereta ini di mana saja pasti tersenyum geli hati dan terkenang kembali peristiwa terkena dan mengenakan orang...Harap orang yang terkena itu tidak marah dan tersenyumlah kau setiap kali terjumpa kereta kura2 yang sedang terkedek2 di depan mata mu ok.

No comments:

Post a Comment