Sunday, April 26, 2009

Maafkan aku Kak Amy...

Cahaya matahari sudah lama memancar ke wajahku, namun ku degil membuka mata. Enak rasanya melepas keletihan berbaring sambil memeluk bantal empuk ini...terasa semua keletihan kelmarin sudah terbayar... Ah..semakin perit pula ia memancar... Malasnya tubuh ini bangun... Telepon bimbitku berbunyi..ada sms masuk..dari Kak Amy. Teringat kembali perbincangan aku dan kak Amy semalam mengenai hasratku untuk berpindah ke tempat lain. Macam-macam alasan aku berikan. seperti berat untuk dia menerima, iyalah manalah mau cari housemeet sekarang... kalau keluar satu, maknanya sewa rumah pun akan bertambah juga. Apa sangatlah gaji yang ada untuk menanggung perbelanjaan rumah, diri sendiri dan keluarga di kampung lagi. Kasihan juga mereka. Mintak maaf... aku tidak ada pilihan lain.
"Seperti kau ada masalah besar? apa sebenarnya yang kau tanggung?" tanya Kak Amy tanpa aku sangka..Ah..senyuman dan lagak riangku rupanya tidak berjaya menutupi segalanya. Dapat juga mereka hidu. Tidak sanggup dan tidak tahu aku hendak membalas apa kepadanya. Terharu dan tersentuh akan keperihatinannya padaku...rupanya masih ada yang berperasaan dan menyedari akan kehadiranku di tempat ini. Kalaulah boleh aku ceritakan semuanya, pasti sudah lama aku cerita kak Amy...tapi tidak... Terima kasih saja yang aku mampu ucapkan. Smsnya datang lagi "Kalau ada masalah sekali pun, fikir dengan sebaiknya dan jangan bertindak seorang diri...masih ramai orang yang sayang kau sekali pun kita buat silap" Aku sekali lagi terpana dengan smsnya. Betulkah masih ada yang sayang? Tidak mengapalah kak amy... Tidak usah rasanya aku cerita... kerana satu hari nanti kak amy dan lain akan tahu mengapa aku jadi begini dan melakukan semua ini. Hanya ku mohon berilah aku ruang di rumah itu untuk aku menyelesaikan apa yang belum selesai sementara masanya belum tiba lagi. Bila tiba masanya nanti, hilangnya aku juga tidak kamu sedari.

No comments:

Post a Comment