Wednesday, April 1, 2009

Telatah di April Fool

=============================
Tiada yang istimewa untuk ku kenakan sempena April Fool hari ini. Hanya kedengaran beberapa rakan sepejabat mengena dan dikenakan oleh rakan mereka saja.

Teringat setahun lalu, Siti pernah menulis mengenai April Fool dan telatah masyarakat yang menjadikan hari itu sebagai satu kewajipan untuk menyambutnya.

Pereka Grafik UB, Alex juga tidak melepaskan peluang mengenakan GF dia sempena April Fool. Katanya ingin memainkan GF dia konunnya ingin break-off.

Kasihan si kawan... gelabah dan marah jadinya. Tapi si Alex juga ketawa sakan setiap kali membaca sms dari GFnya itu yang berada di Kudat.

Kebetulan hari ini juga, besdaya Nong... (dilahirkan pada April Fool, padanlah sikap macam budak-budak. pagi2 tadi lagi sudah ku ucapkan selamat pagi. Hanya ucapan selamat pagi, dan berpura-pura tidak ingat dan lupa ulang tahunnya. Puas juga dia kias-kias, tapi aku buat tak tahu saja... lucu juga terdengar gaya manjanya... (nanti malam aku wish ar nong)...

Dahulu, ketika dibangku sekolah, aku pernah mengenakan guru kelasku sempena April Fool. Guru kelasku itu bernama Khohar.

Ketika itu aku yang merupakan Ketua Kelas adalah pelajar yang paling rapat dengannya. Kerana selalu dipanggil ke bilik guru dan disuru buat bermacam2 kerja, terlintas di akal nakal ku ingin mengenakan cikgu kesayanganku itu.

"Cikgu, GB panggil. Dia ada di pejabatnya," kataku membawa pesanan April Fool kepada Cikgu Khohar yang tengah asyik duduk berbual di kantin sekolah.

Dengan slamba dan sepantas kilat, dia bingkas bangun dan menuju ke bilik guru. Aku bersama teman sekadar membuntutnya dari belakang dan menjadi pemerhati di luar pintu.

Lagak seperi sang pencuri, aku dan teman terkekeh-kekeh di luar apabila melihat muka merah cikgu Khohar setelah keluar dari bilik GB.

Dengan senyum lebar dan muka merah dia berkata kepada seorang guru "Nampaknya, bulat-bulat aku hari ini kena April Fool oleh muridku".

Nampak dari jauh, aku dan teman berlari masuk ke bilik darjah sebelum dimarahi oleh Cikgu Khohar. hehehe...Pagi itu, puas juga kena sindir olehnya dalam kelas.

Sabar sajalah... yang penting cikgu sudah terkena. hahahaha.... (hanya satu gurauan....jangan marah ar cikgu..;)

No comments:

Post a Comment