Wednesday, April 1, 2009

Penantian berakhir di April Fool

=================================
Kelmarin aku terlewat dan terlepas sebuah acara tugasan pertamaku pagi itu.

Tertanya-tanya juga takkan hanya 30-40 minit saja acara itu berlangsung. Tergopoh-gapah aku melangkah menuju ke dewan itu melihat kalau-kalau ada kelibat kawan-kawan reporter lain, boleh minta bahan kalau ada.

Tapi semuanya seperti sudah balik kerana majlis sudah pun beralih ke acara makan-makan. Dalam sibuk meninjau-ninjau, bepeluh pula kerana berjalan jauh, telefon bimbitku berbunyi menandakan sms masuk. "?????" Terkejut dan tidak menyangka aku melihat skrin telefon bimbitku melihat nama yang terpacul.

Dengan hati terbuka dan agak 'suspen' aku menjawabnya dengan penuh tanda tanya adakah dia yang menghubungiku atau orang lain? Aku menjawabnya dengan penuh gembira dan sedikit mahu menangis.

Langkahku terhenti seketika tatkala suaranya kedengaran di hujung sana. Hilang arah aku seketika, aku mencari kekuatan di bawah tangga dewan itu untuk bercakap dengannya seketika.

Sempat dia berkata "saya harap, panggilan saya ini dapat mengembirakan awak". Ah...memang cukup mengembirakan. Inilah yang amat saya tunggu. Namun, tidak banyak yang terluah kerana menangis dan sebak.

Hanya sempat bertanya khabar dan perihalnya ketika itu sebelum terputus. Syukur dan terharu dapat mendengar suaranya.

Semua kenangan dahulu silih berganti mengimbau detik pertemuan dan perpisahan keduanya. Setiap jejak dan perjalanan yang ku lalui hari ini masih disulami kenangan dahulu walau jauh di mata.

Terima kasih awak...sekurang-kurangnya tidaklah ku terkilan andai diriku sudah tiada di sini. Ringanlah langkah ini melangkah pergi setelah mendengar berita gembira darimu.

Malam ini, pasti tidurku lena, bersama ingatanmu dan si bantal guling yang kau belikan dahulu.

No comments:

Post a Comment