Monday, May 18, 2009

Catatan ringkas 19 Mei

Kelmarin aku singgah lagi ke kedai itu. Tidak setakat di sana saja, kakiku sudah jauh melangkah ke kedai lain yang turut menjual barangan yang terdapat di kedai itu. Sengaja aku meluangkan masa atau keluar awal dari pejabat untuk ke sana. Kunjunganku kali ini, tidak seperti sebelum ini. Dari sebakul plastik sudah menjadi dua dan tiga. Geram pula melihat semuanya 'berkenaan'. (inilah dikatakan wanita, rambang mata) yakah? tidak tahulah...terpulang pada keperluan. Tapi tidak salah kan....kerana kebanyakkannya juga sudah diletakkan harga 'diskaun'. Aku juga sudah membuat 'list' apa yang perlu atau tidak. So, seperti dalam ruanganku...harus menjadi seorang pengguna bestari. Walaupun tempohnya masih lama lagi tapi tidak menjadi masalah kerana satu hari nanti barang keperluan itu pasti berguna juga. Tapi hairan juga, setelah balik ke rumah dan membelek kembali barang yang dibeli, baru pula perasan semuanya warna biru. (ingat mau beli warna hijau...huhuhu) tapi tak sedar rupanya terbeli warna biru. (alamak...) tak mengapalah nextime apabila aku berkunjung lagi ke tempat itu, pasti warna hijau akan menjadi pilihan. Kepada jurujual-jurujual itu nantikan kunjunganku ya..
===================================================
Dua hari lepas, aku menerima dua panggilan. Oleh kerana aku sibuk (entah tidak ingat apa yang aku sedang lakukan ketika itu), dua panggilan dari orang yang sama itu tidak terjawab dan masuk dalam 'inbox misscall'. Sebenarnya walaupun aku tidak sibuk dan perasan akan panggilan itu tetap juga aku tidak menjawabnya. Sejak akhir ini, aku menjadi manusia yang malas untuk menjawab panggilan telefon walaupun dari orang-orang yang terdekat atau kawan-kawan aku melainkan sms. (Maafkan aku wahai sahabat, jadi pasni lebih mudah anda sms dlu ya...TQ). Ketika melihat nama yang tertera gerangan yang misscall itu, seribu persoalan timbul di benak fikiranku. Untuk membuat kerja pun sudah tidak fokus lagi, bercelaru memikirkan 5W 1H. Apa pun, dari kejauhan ini aku berdoa dan mengharapkan agar dia sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dapat menempuh perjalanan ini dengan lebih tabah dan kembali dengan senyuman indah seperti dahulu. Amin.

No comments:

Post a Comment