Saturday, May 16, 2009

Katakanlah....

Saya ingin berkongsi sebuah sebuah lagu adaptasi sebuah muzikal. Lirik dan melodi lagu ini ringkas saja tapi cukup indah kata-katanya. Saya sendiri tidak sedar akan kewujudan lagu ini, tapi tertarik setelah seorang pendatang baru menyanyikannya dengan 'style' yang tersendiri dan penuh perasaan. Tiada apa-apa cerita disebaliknya, sekadar suka dan tersentuh mendengar bait kata-kata lagu ini. Andai didendangkan ketika sendirian pasti bergenang airmata itu. Ikuti dan hayatilah...kalau mahu dengar taipkan saja nama lagu ini di youtube.com pasti tersedia menghiburkan anda.

Tidakku percaya
Apa yang ku dengar
Dari dia kekasihku
Yang didakapanku
Butakah hatimu
Menatap hatiku yang membawa ku kemari
Menangih cintamu
Pandanglahku dan ingati
Semula sumpahmu
Yang kita akan abadi
Sehidup semati

c/o
Katakanlah...
Kepadaku...
Bahawa hadirmu semata-mata cinta..
Jangan ucapkan
Yang dikau harus berkorban
Hingga aku sanggap kau tinggalkan....

Bukalah hatimu merasa hatiku
Dan mengaku kau dan aku
Kan menjadi satu
Kejamnya dirimu
Andai membunuhku
Dengan kata-kata
Yang bukan dari hatimu
Sebutkanlah semula
Oh....sumpahmu sendiri
Di sinilah hadir kita
Yang kekal abadi....
c/o

1 comment:

  1. Salam My. Terima kasih atas ucapan Hari Guru tu :-) My mau ambil kad yang mana satu ya? Kalau yang pertama sekali tu, ya... dipersilakan saja. Kalau yang ke-2 sehingga yang ke-4, diizinkan juga. Cuma, kalau boleh kreditkan nama si pembuat kad itu ya. Terima kasih My...

    www.puteriezza.com

    ReplyDelete