Wednesday, May 13, 2009

'Mengapa wanita berusia gemar memuji seseorang lelaki muda?'

catatan diari 13 Mei 2009
Semalam, saya sempat mengikuti sebuah rancangan temubual seorang tokoh motivasi terkenal dengan seorang aktor terkenal di Malaysia. Tidak pula saya pasti apakah topik perbincangan kali ini, yang pastinya ia berkisar mengenai 'mengapa wanita berusia gemar memuji seseorang lelaki muda?'. Dan untuk lebih menghangatkan situasi dalam studio dan merancakkan perbualan, pakar motivasi itu menjemput seorang aktor dikategorikan sebagai seorang lelaki yang macho dan menawan wanita yang memandang (saya? lelaki itu bukan aktor kegemaran saya). Tajuk yang menarik juga... tapi ia seakan prejudis terhadap sebelah pihak saja. Ah...tidak kisahlah, saya sekadar mengikutnya untuk melihat reaksi dan trend masyarakat serta penemuan kajian yang telah dilakukan oleh pakar motivasi itu.

Menariknya, menurut beliau 80 peratus daripada apa yang kita rasakan mengenai seseorang itu (persektif kita terhadap seseorang), ada kemungkinan orang itu juga mempunyai perasaan atau persektif yang sama seperti apa yang kita sedang fikirkan mengenainya.

Kerana itu katanya, pandangan pertama adalah amat penting untuk menggambarkan segalanya tapi tidak bermakna kita boleh menilai seseorang dalam tempoh sesingkat itu.

Namun, saya percaya persektif atau kenyataan 'menawan' itu bukanlah bermakna teruja atau jatuh cinta atau apa. Ia sekadar rasa kagum dan tertarik terhadap sesuatu atau seseorang yang kelihatan hebat. Orang lelaki selalu melihat keadaan itu salah. Kalau seorang wanita memberitahu 'wah..hebat sungguh lelaki itu' atau 'handsamenya...' itu sebenarnya bukanlah merujuk kepada apa yang dilafazkannya semata-mata. Malah, ia lebih besar dari itu cuma apa yang dilafazkannya hanya diluahkan sekadar lafaz saja. (eh..apa yang aku cakap ni)...

Semua itu bermula dari diri dan hati ikhlas seseorang. Jika ia diinspirasikan secara jujur dan ikhlas, pasti orang akan selesa melihat dan mendampingi sekali gus tertawan. Tapi kalau sudah terpikat dan jatuh cinta itu lain cerita pula.

Saya percaya kerana saya pernah mengalaminya. Pada ketika itu saya amat gembira melalui hidup dengan rasa senang hati, bersikap positif dengan semua orang sehingga saya senang hati melakukan apa juga dengan relahati tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Cukup memberi kelegaan kepada orang lain, amat seronok dapat melegakan dan menolong orang lain. Mungkin kerana rasa seronok itu terpancar di wajah dan setiap gerak geri saya, orang sekeliling sering menegur dan bertanya seolah saya nampak happy dan seronok...(mereka bertanya bukanlah kerana tertarik jatuh cinta tapi tertarik ingin tahu). Keadaan itu berlarutan sehingga membuatkan saya langsung tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling. Alamak, bukan lupa dunia ya... cuma apabila melakukan sesuatu perkara dengan perasaan positif pasti hasilnya juga akan positif dan begitulah sebaliknya.

Begitulah realiti hidup di bumi manusia kan... seperti roda kadang diatas kadang dibawah (eh...teringat kata-kata abang hassim...huhuhu). Kadang-kadang gembira dan berduka. Juga seperti yang saya catatkan dalam diari hidup saya, saya tidak gagal sekiranya saya jatuh tersungkur, namun saya gagal andai saya tidak bangun semula. Munasabah untuk diri sendiri, ini adalah tempoh yang amat sukar, terpaksa membuat pilihan yang susah namun ia harus dilakukan...tidak terbentang jalan yang mana harus dilalui di depan mata melainkan bijak melihat dengan kata hati. Dan dalam masa yang sama percaya dengan kata-kata seorang kekasih...perjalanan hidup umpama perjalanan melalui terowong yang panjang...terpaksa melaluinya dengan perlahan dan gelap namun akhirnya pasti bertemu dengan penamatnya di hujung sana.

No comments:

Post a Comment