Friday, May 15, 2009

Pesanan buat teman itu

Saya ingin bercerita mengenai seorang teman saya yang satu ini. Harap dia tidak marah dan tersinggung kerana secara jujur dan dekatnya, segala catatan dalam blog ini sudah seperti diari hidup seharian saya.

Saya dan teman itu tidak lagi dapat berjumpa selalu sebelum ini kerana dia ada komitmen yang lebih penting di tempat lain. Walaupun pemergian dia dari tempat saya bekerja ini sedikit menimbulkan rasa kecewa dan saya sendiri tidak bersetuju, namun tidak boleh juga saya memaksa untuk mengatur hidup orang...cuma ketika itu saya kesal kerana dia mengambil jalan yang terlalu pendek tanpa berfikir terlebih dahulu.

Mungkin sudah takdir dan ketentutannya, dia tidak jug meneruskan untuk bekerja lebih lama di tempat itu. Katanya konon tidak 'ngam' dengan orang2 sekeliling majikannya itu. Sudah ku agak, dia pasti tidak lama. Teman itu masih muda dan seperti orang muda darah pun masih panas. Mudah sangat mendidih dan tidak bersikap profesional. Bukan niat saya untuk memburuk-burukkannya sekadar ingin berkata sesuatu, untuk kebaikannya juga.

Ketika itu, aku sendiri sudah malas untuk melayan setiap sms dan panggilannya kerana bagiku dia sendiri yang mencari masalah dan tidak mendengar nasihat orang. Tapi, mungkin dia memiliki alasan yang saya atau yang lain tidak tahu. Berikanlah dia peluang dan ruang untuk menentukan perjalanan hidupnya.

Syukurlah kini dia juga sudah bekerja dengan seorang 'orang besar'. Benar, ketika dia memaklumkan akan keputusannya untuk bekerja dengan orang besar, sedikit rasa tidak setuju. Seperti biasa juga saya melahirkan rasa tidak suka dan rezekinya pasti ada cuma masa belumnya belum tiba. Saya juga meminta supaya jangan terlalu terburu-buru dan termakan 'ayat kipas-kipas' orang sekeliling.

Seperti dijangkakan, teman itu tetap dengan keputusannya. Tidak mengapalah...sebagai teman yang pernah bekerja bersama, saya hanya mendoakan agar dia mendapat yang layak dan lebih baik.

Namun, sejak akhir-akhir ini saya sudah jarang membalas sms atau panggilan dari teman itu. Tidak melupakannya sebagai teman. Jauh sekali tidak. Saya masih kenangkan setiap jasa baik dan setiap pertolongan yang diberikan lebih2 lagi dalam tempoh saya melalui kesukaran dahulu. Sekalung penghargaan saya ucapkan. Terasa juga dihati setiap kali pelawaan dan sms sering saya endahkan dan pandang sepi.

Minta maaf kerana saya sememangnya tidak terdaya. Dengan rasa berat hati, saya tidak mahu mengingat dan meninggalkan segalanya termasuk dunia kecintaan ini untuk pergi ke satu tempat yang saya sendiri tidak ketahui. Memang, dalam tempoh kebelakang ini, saya sudah banyak menghindar bukan semua orang termasuk keluarga dan teman-teman rapat. Tidak usahlah bertanya kenapa dan membebankan hati mempersoalkan segalanya. Kerana jalan ini saya sendiri yang pilih untuk mencari lebih ketenangan dari segalanya.

Terima kasih atas maklumat mengenai perkara itu semalam. Amat dihargai tapi nampaknya ia memang sekadar terima kasih saja. Tuhan saja Maha Mengetahui segalanya. Andai ada sinar di hujung langkah ini, saya akan kembali dengan 'my' yang baru. Dan bukan menjadi 'my' yang sudah kehilangan haluan.

Kepadamu teman, agar kau lebih bijak membuat keputusan. Buangkanlah sikap angkuh dan ego itu. Tidak salah andai diri lebih rendah dari orang lain kerana hanya kita saja yang tahu akan keupayaan diri sendiri. Maaf andai percakapan dan kata-kataku sering menyinggung perasaanmu. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment