Tuesday, May 12, 2009

Terkena lagi :)

Mungkin sudah menjadi kebiasaan, aku akan menjadi begitu peramah dan banyak bercakap apabila bertemu orang yang rapat denganku. Kerana selalunya, agak payah juga untuk bawa aku berbual. Atau mungkin juga terasa terlalu banyak untuk diceritakan kepadanya sehingga tidak sedar keadaan sekeliling. Berkumat kamit itu dan ini aku bercerita. Tidak lagi diingat keadaan di luar itu panas, jalan yang agak sesak....aku langsung tidak menyedari. Tau-tau saja 'TAB' satu pukulan singgah di kepalaku.. (seperti baru tersedar..) mataku terus mencari punca dan sebab sehingga dahiku dipukul oleh orang sebelah.

Kelihatan di hujung sebelah kanan destinasi kami, berlalu kereta kura-kura berwarna kuning putih. AH...orang di sebelah terus terbahak ketawa suka kerana berjaya mengenakan aku. Aku yang dari tadi sibuk bercerita terus terdiam dan rasa.... Ah... kurang asam...time2 begini pula dia mau keluar... rupanya si kawan sebelah ini dalam hati sudah berharap agar dalam perjalanan itu akan bertemu dengan kereta sang kura-kura. Ches...
(hehehe,...sebenarnya happy juga kerana terkena, sebab sudah lama tidak merasa suasana lucu kena mengenakan seperti itu). Sekurang-kurangnya terubat sedikit rasa #%*&&@*## huhuhu

Takpa...ada masa dan ada jodoh aku akan kenakan dia balik kerana aku tahu dimana tempat yang pasti akan terjumpa dengan si kura-kura.

No comments:

Post a Comment