Monday, May 11, 2009

Kami tidak hanya berbual kosong

Ketika mengisi perut tengahari tadi aku sempat berbual kosong bersama seorang teman pejabat. Salah satu topik yang menarik perhatian kami untuk dibualkan adalah perancangan masa depan seorang wanita.

Dalam sembang-sembang itu, (macam bisik-bisik pula...hehehe), teman itu memberitahu dia berhasrat untuk menyambung pelajaran ke luar negara samada untuk ijazah kedua ataupun master. Teman juga memberitahu beliau pernah ditawarkan untuk menjadi pensyarah di tempat dia belajar dahulu. Tapi oleh kerana baru saja menamatkan pelajaran dan tidak punya apa-apa pengalaman, beliau menolak kerana baginya ilmu yang ada lebih baik disampaikan kepada pelajar jika ada pengalaman.

Tersenyum saya mendengar perancangan hidupnya. Meskipun dia adalah anak rantau di negeri ini dan sepertinya ada yang membelenggu hatinya sehingga keras hatinya tidak mahu kembali ke kampung halaman, saya bangga dengan jalan yang dipilihnya. Pasti dalam kekeruhan yang dihadapinya, pasti dia dapat menggalasnya dengan setabah mungkin.

Besar harapan dan saya doakan agar cita-citanya akan tercapai satu hari nanti. Kerana dia memang layak untuk mendapatkannya kerana dia amat rajin berusaha.

Namun, lebih menarik perhatian, dalam catatan perancangan hidup yang dibicarakan samada aku atau dia, tidak satu pun menyentuh soal perancangan masa depan untuk berumahtangga.

Tersenyum juga... "tengok...dalam banyak-banyak plan...tiada pun kita plan mau kawin kan?" Seperti baru tersedar, kami ketawa bersama...

Dalam kerancakan berbual, sempat juga teman itu mengerling dan mengocak seketika hati ini yang sudah mulai tenang. Mungkin nampak benar saya sedang memikirkan sesuatu, dia sekadar bersahaja mengajukan tidak tahu adakah pertanyaan atau kenyataan.

"Belum selesai lagi?" ajunya ringkas... (tahu-tahu saja..macamlah dia tahu apa yang sebenarnya..)Aku tidak terjawab dan hanya tersenyum mengelak.
"Memang payah untuk kita puaskan hati semua orang kak..." katanya seakan memujukku...aduh...terasa ingin runtuh bentang airmata ini. Berdoa dalam hati agar tidak menangis lagi.

Katanyaku cuma, amat sukar bila berada dalam keperpaksaan dan melakukan sesuatu perkara yang kita tidak tidak mahu.

"Tidak mengapa...yang penting kita teruskan hidup... apa pun tindakan yang kita ambil pastikan ia adalah yang terbaik, walau terpaksa mengorbankan sesuatu yang berharga," katanya.

No comments:

Post a Comment