Thursday, May 7, 2009

Wanita dan Airmata

Kenapa wanita tidak boleh dipisahkan dengan airmata? ramai juga yang katakan airmata adalah senjata wanita....emmm..untuk apa ya? senjata untuk melawan musuh atau melegakan bebanan di hati ataupun melembutkan hati lelaki? Jika benar, tidak dapatlah saya buktikan kerana ia adalah subjektif. Mungkin ya, airmata menjadi teman wanita, kerana bagi saya sendiri ia adalah teman yang terdekat dikala sedih. Tidak dapat meluahkan kepada seseorang, dan akhirnya apa yang berkata-kata dalam hati akan dizahirkan dengan linangan airmata.

Pernah juga saya mendengar keluhan lelaki mengenai wanita, "wanita ni sedih menangis, gembira pun menangis". Nampaknya mereka tidak faham...bukankah wanita punya hati yang lembut dan amat halus...dapat menghalusi pelbagai perkara lebih dari lelaki walaupun perkara itu dianggap remeh oleh golongan lelaki. Menangis kerana gembira bukan sedih namanya...tapi terharu dan tersentuh...menangis kerana sedih bukan pula duka.. tapi kerana beban dan beratnya ia bahu yang menanggung. Biasalah wanita nie... sikit punya hal pun dijadikan fikiran.

Tapi, bagaimana pula sekiranya lelaki yang mengalirkan airmata? emmm...apa yang saya faham..lelaki tidak akan menangis andai jiwanya tidak terusik...

No comments:

Post a Comment