Friday, May 22, 2009

Akhirnya...

AKHIRNYA...apa yang aku nantikan selama hampir sebulan ini akhirnya diterima. Alhamdullillah...walaupun langkahnya pasti amat longlai, namun pasti itu adalah jalan yang terbaik buat semua termasuk diriku sendiri. Tidak terungkap rasanya memaklumkan kepada kawan-kawan amat berita ini terutama seseorang yang sudah banyak menabur jasa kepadaku sepanjang perjalananku di sini. Terasa tidak terdaya lidah ini berbicara.

Melihat telatah dan seribu permintaan daripada teman-teman terasa ingin berada lebih lama lagi, bersama meniti perjalanan di persuratan ini kerana inilah citaku.

Namun, penyesalan akhirnya melunaskan segalanya melenyapkan apa yang dibina, diimpikan dan dicintai sudah tidak ada lagi di sini. Aku sudah tidak nampak dimana letaknya diriku setahun atau sebulan akan datang. Ah..mudahnya aku mengaku kalah walhal aku bukan sebegini. Begitu terpukul dan amat berat rasanya cobaan kali ini.

Apa yang aku harapkan, walau aku tidak punya apa dan terasa diri tidak berguna lagi, sejuta harapan dan doa ku titip agar Dia memberikan aku kesihatan untuk ku mengumpul kembali kekuatan yang sudah hilang. Untuk ku bangit segar dari kejatuhan ini. Ya... semua ini tidak lama. pasti akan berakhir dengan sinar yang lebih menyerlah. Pasti.

No comments:

Post a Comment