Sunday, May 31, 2009

'Orang penting' yang tidak penting

NOTA WARTAWAN
siaran UB pada 1 Jun 2009
===============
Assalammualaikum...dan salam sejahtera. Seperti baru semalam saya giliran untuk menulis di ruangan nota wartawan ini, terasa cepat benar masa berlalu.

Tapi sebenarnya, bukan tulisan saya yang sepatutnya anda baca ketika ini. Kerana masalah yang tak dapat dielakkan, kesempatan untuk menulis di ruangan ini diberikan kepada saya. Terima kasih.

Oleh kerana tidak bersedia, saya sendiri tidak merancang apa yang ingin saya tulisan dalam ruangan yang diminati oleh ramai pembaca setia UB.

Pengalaman? apa sangatlah pengalaman yang ada. Dari pengalaman selama menjadi wartawan sejak kira-kira dua tahun lalu sehingga kenangan manis bersama UB, rasanya sudah saya ceritakan secara ringkasnya.

Bermula dari kosong sehingga kini saya sudah mulai meminati pelbagai penyampaian berita malah suka belajar tentang banyak benda yang baru dalam dunia pemberitaan.

Sekiranya diberi peluang dan masa, pasti saya mahu belajar lebih banyak lagi bersama orang yang lebih berpengalaman.

Kerana masih banyak lagi perkara yang belum dapat saya rasai. Saya belum lagi berpeluang dapat menjejakkan kaki ke bumi Long Pasia, belum lagi dapat merasai keadaan ketakutan dan ngeri 'bertemu' mayat, belum lagi berpeluang dapat merentasi belukar dan 'survival' dalam hutan untuk menghasilkan karya yang terbaik.

Kegangan tugas dan kehidupan harianmtidak tahu pula bilakah agaknya peluang itu datang atau ia sememangnya menjadi angan-angan kosong saja.

Namun, sesuatu perkara yang saya pelajari tidak semua apa yang kita buat dan tulis dapat diterima ramai kerana kadang-kadang ada yang tidak dapat menerima malah ada yang mencerca hasil tulisan kita meskipun itulah yang termampu dihasilkan.

Oleh begitu, pasti usaha perlu dipertingkatkan. Namun, yang penting adalah memastikan apa yang dihasilkan itu adalah ikhlas dan betul.

Satu masa lalu, saya pernah menerima panggilan dari seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai pembantu 'orang penting'. Pembantu orang penting itu memaklumkan bahawa saya menulis berita yang tidak benar malah kononnya tidak pernah keluar dari mulut 'bos' nya.

Saya bertanya lebih lanjut lagi dan barulah saya teringat saya pernah menulis mengenai 'orang penting' itu kira-kira sebelum selepas menerima panggilan hangit itu.

Puas juga berfikir kenapa 'orang penting' itu tidak mencari saya selepas berita itu tersiar sekiranya sememangnya saya sudah tersilap tulis.

Untuk membuktikannya saya tidak berdaya memandangkan berita itu hasil temuramah saya kepadanya menerusi telefon dan tidak terakam. Lagipun, masanya juga sudah lama. Kata orang sudah 'basi'.

Setelah berbincang, pembantu orang penting itu pesanan dari 'bos' nya itu yang mahukan saya menulis surat rasmi kepadanya untuk menyatakan kekesalan dan mohon kemaafan atas kesilapan yang saya lakukan.

Mungkin kerana orang baru, saya memang terasa amat marah dan terganggu dengan setiap panggilan susulan dari pembantu 'orang penting' itu .

Marah kerana tindakan sesetengah pihak yang merasakan segalanya boleh diperolehi dengan mudah hanya sekadar sebuah nama dan kedudukan.

Kerana sudah tidak tahu berbuat apa dan melibatkan hal syarikat pula, saya meminta tolong dengan Pengarang Berita UB ketika itu untuk menyelesaikan dan saya sudah malas untuk memikirkan mengenainya.

Beberapa bulan selepas itu, alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu nama saya sekali lagi dikaitkan dengan 'orang penting' itu. Hal itu pun saya ketahui dari kenalan dan orang-orang sekeliling 'orang penting' itu secara tidak sengaja.

Kenalan orang penting itu yang tidak mengetahui bahawa saya adalah wartawan yang dikaitkan dengan orang penting itu terus rancak bercerita.

Tahulah saya rupanya kerana berita yang saya tulis 'orang penting' berkenaan kena bambu oleh bosnya. Namun, yang lebih mengejutkan adalah keadaan di sebalik kejadian itu yang melibatkan beberapa pihak. Tidak perlulah saya ceritakan cukup sekadar saya saja yang mengetahui.

Sehingga ke hari ini saya tidak pernah lagi membuat liputan berita 'orang penting' itu, bukan kerana benci atau marah tapi kerana saya sudah 'mengenali' orang penting itu.

Dan satu perkara lagi yang baru saya sedari, saya sebenarnya alpa dengan kewujudan pelbagai jenis manusia di bumi ini.

Bagaimanapun, jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan dan editorial UB termasuk Bos Samsul atas sokongan, tunjuk ajar dan kesempatan yang diberikan.

Diharapkan agar UB akan terus berjaya dalam erti kata sebenar. Kata-kata terakhir saya, Negara ada 1 Malaysia, Sabah sudah ada 1Borneo, dan UB ada 1 Keluarga yang dijadikan landasan dalam usaha menghasilkan sesuatu yang terbaik kepada pembaca. Teruskan sokongan anda kepada UB.

1 comment:

  1. salam sejahtera temanku di saanaa..ceh, terikut2 ko punya ayat sda plak ni ekekek.. My, saya betul2 mau minta sori beribu2 kali sebab tidak datang masa jamuan hari tu..betul2 penat lepas dari main bola.

    sebenarnya, sebelum ko kuar dari opis 1 Jun tu saya memang rancang mau jumpa ko tapi 30 dan 31 Mei saya jatuh sakit teruk (serius ni...empat kali pegi hospital)

    Apapun saya doakan agar ko bahagia di mana-mana pun ceh...bukan tia biasa..ko jak lah kawan sa sejak UB ni buka dulu..skrg tinggal sorang lagi..adui, panat karaja ni.

    Bah, ko suda cakap mau balik juga nanti kan...sa tunggu jak ni..jan lupa bawa empelang dan lain-lain...keep in touch! remember...once you become a reporter..you always will be a reporter..sekian, aramai tih!

    ReplyDelete