Sunday, March 22, 2009

Kenangan kad jambangan bunga

=================================
Apa perasaan anda saat menerima sejambak bunga? Pasti gembira dan terharukan? apa lagi kalau ia pemberian dari orang yang anda "Admire" atau sayangi.
Sebelum ini, aku tidak pernah menerima jambangan bunga. Kalau terima pun, mesti ia sangat istimewa. Walaupun sebelum ini pernah bercinta tapi kedua-dua x-BF takpernah bagi. Bukan juga aku minta dibagi bah... Tapi tidak pernah juga aku sangka, sejambak bunga mawar diberikan kepadaku. Pemberian itu pula dikirimkan oleh seseorang yang amat aku tidak sangka akan memberiku bunga, menerusi si gadis penjual bunga itu hantar ke pejabatku. Kiriman itu sebagai tanda kemaafan dari dia dan kebetulan aku jatuh sakit ketika itu. Perasaan terkejut kerana tidak percaya dan malu dengan kawan-kawan pejabat. Terima kasih atas pemberian bunga itu dan memberikanku sebuah kenangan indah.

No comments:

Post a Comment