Monday, March 23, 2009

Kira-kira 68,000 kekosongan bakal ditempati lepasan STPM/SPM 2009

KOTA KINABALU: Kira-kira sebanyak 68,000 kekosongan bakal diisi oleh lepasan pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Matrikulasi dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Institusi Pengajian Tinggi Awam seluruh Malaysia pada pengambilan sesi Jun/Julai depan.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata daripada angka itu sebanyak 40,500 kekosongan ditawarkan kepada lepasan STPM)/matrikulasi atau setaraf dalam program Sarjanamuda (Ijazah).

"Manakala sebanyak 28,000 kekosongan pula diisi oleh lepasan SPM dalam pengkhususan asasi dan program Diploma," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan 1 Megalab di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini kelmarin.

Bagaimanapun menurut beliau, bagi kemasukan pelajar kali ini Kementerian Pelajaran menerima permohonan sebanyak 130,000 secara 'online'.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 71,000 permohonan dari lepasan STPM/Matrikulasi dan selebihnya lepasan SPM.

"Kita sedang menilai dan memilih berdasarkan pilihan keutamaan yang mereka (pemohon) pilih dan akan kemasukan akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.

Menurut Radin Umar, terdapat peningkatan sebanyak kira-kira 40,000 permohonan pada kemasukan ke IPTA kali ini.

"Kita mempunyai peningkatan kemasukan ke IPTA pada kali ini iaitu, kira-kira 40,000.

"Ini dilihat atas dasar banyak program baru yang diperkenalkan dan kapasiti tempat yang ditawarkan oleh sesebuah universiti." katanya.

p/s : besarnya jurang perbezaan, yang memohon 130,000 tapi kekosongan ada kira-kira 68,000 saja, ke manakah halatuju lepasan pelajar yang lain?..

No comments:

Post a Comment