Wednesday, March 11, 2009

Walau dimana berada

Kita tetap memandang bulan yang satu
Catatan pada 12 Mac 2009
Hari ini aku tidak bekerja (ooffday). Tentu di pejabat kawan-kawan sedang sibuk kebetulan hari ini tugasan agak padat ditambah pula keputusan SPM 2008 diumumkan hari ini. Aramai Tih si willie...huhuhu...
Seharian di rumah kelam kabut menyiapkan dua tugasan yang hendak disiapkan. (kerana aku mengambil upah menyiapkan tugasan orang). Satu sudah selesai, tinggal satu lagi. Biasanya ketika ini aku akan luangkan masa untuk menonton tv atau keluar bersama kawan-kawan. Paling tidak pun masak sesuatu yang sedap... tapi rasanya tak dapat, makan ikan sadin sajalah nampaknya hari ini.
Seperti rutin di hari-hari kebiasaan, aku tidak lupa bertanya khabar dan mengirim emel kepada orang tersayang walaupun tiada balasan diterima....Sedihnye :(
Walaumacamanapun, aku harap dia sentiasa ingatkan aku, kerana biasanya apabila kita rindukan orang tu, orang itu juga rindukan kita.
Untuk awak..."walau dimana awak berada ingatlah kita tetap memandang bulan yang satu"

No comments:

Post a Comment