Tuesday, April 21, 2009

1257

Semalam agak lewat juga aku tidur. Selepas menonton sebuah rancangan berbentuk ceramah motivasi "Anjakan Paradigma-oleh Dr Fadhila Kamsah" yang habisnya jam11, aku terus masuk ke bilik untuk tidur. Seperti biasa mata langsung tidak boleh terlelap. Berpindah kiri dan kanan untuk mencari keselesaan pun tidak juga mahu tidur. Degil sungguh mata ini, teringat pesan ustazah waktu kecil2 dahulu, kalau susah mahu tidur katakan pada bantal yang engkau mesti tidur.
"Bantal...aku mahu tidur, esok mahu kerja". Namun, sehingga jam berdetik ke pukul 1 pagi tidak juga mahu tidur. Lantas ku capai diari dan mulalah menulis rahsia hati. Rindukah aku pada seseorang? Mungkin. Ya...memang pasti, aku sedang rindu.

Selepas mencoretkan sebuah ungkapan, aku terus bangkit mengambil wujud di tengahmalam dan terus cuba melelapkan mata. Tidak sampai sejam terlena...aku dikejutkan dengan panggilan dari orang yang tidak aku kenali. Siapa ni? kerana terkejut akibat gegeran telefon di tepi bantal, aku bingkas terbangun dan terduduk. Terkejut juga melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbit kesayanganku. Pelik kerana nombornya hampir sama dengan nomborku. Tertanya-tanya sendiri akhirnya panggilan itu ku biar berlalu tanpa dijawab.

Seingatkan aku, dalam beberapa minggu lalu pun, nombor itu juga yang menghubungiku. Siapa orang ini, adakah aku kenalnya?

Selang beberapa minit kemudian, aku didatangi dengan sebuah sms juga dari nombor yang sama.

"Ada perkara yang xbaik berlaku pada rakan setugas u dahulu".

Walaupun ringkas, tapi pesanan itu benar-benar buat aku tertanya dan bimbang. Berteka-teki aku mahu menjawab atau tidak. Tapi, mungkin ada benarnya juga...aku terus memanggil nombor itu, namun tidak aktif. Tentu saja orang itu mempunyai nombor lebih dari satu. Aku hanya membalas smsnya untuk bertanya siapakah orang yang dimaksudkan.

Ah..tidurku terganggu lagi. Terasa debaran semakin laju. Dalam sedar dan lena (aku pun tidak tahu) telefon bimbitku berbunyi lagi. Sms dari nombor itu lagi kira-kira jam4 pagi. Tidak tidurkah orang ini? bisikku sendiri.

Adakah benar berlaku perkara yang tidak baik kepada ahli keluargaku atau teman-teman? Wajah seorang demi seorang teman sekerja dahulu dan kini menerpa diingatanku. Harapan, semoga tiada apa yang menyedihkan lagi berlaku, tak kira kawan-kawan, family atau orang yang aku rindukan itu.

No comments:

Post a Comment