Thursday, April 23, 2009

Terima kasih atas nota kecil itu

Meskipun tulisannya amat ringkas dan sekadar makluman, namun sudah cukup buat aku menghela nafaz lega. Tiadalah kebimbangan apa-apa. Doaku panjangkan agar penghidupan di satu keadaan di sana sejahtera. Harap-harap lepas ini, dia lebih bahagia dan mendapat apa yang diinginkan dari orang-orang disekelilingnya, terutama orang yang disayanginya. Sekalung kemaafan andai kehadiran dan persinggahan ini telah mengambil sedikit masamu dalam meniti perjalanan. Sedar atau tidak, April kian meninggalkan kita dan Mei pula akan tiba sikit masa lagi. Aku hanya tinggal menghitung hari..sudah hampir dekat masanya lagi. Di fikir-fikir agak payah dan terasa sayang memilih jalan ini. Namun, sudah tiba masanya untuk aku mengundur diri dari penghidupanku kini. Sudah terlalu jauh aku pergi sehingga meninggalkan dunia di belakangku, sehingga aku sudah kian melupakan matlamat kenapa aku ke sini, sehingga aku kian lupa diri....manusia.. keinsafan hanya akan terbit andai baru terngada. Tidak. Aku bukan menyalahkan penghidupan dan takdir ini. Sekadar menyesali apa yang berlaku kerana kerana berpunca dari kesilapan sendiri. Tapi kemana aku harus pergi selepas ini? Haluan ini masih tidak ada tujuan. Egokah aku kerana tidak mahu berterus terang dengan semua? Tapi untuk apa? Ah...itu tidak akan menyelesaikan masalah. Biarkan ku simpan sendiri saja. Senyuman indah di bibir pasti dapat menyembunyikan kepahitan yang dialami. Bukan senyuman itu pengubat segala penyakit...Andai masa boleh diputar kembali...ah..tidak usah diputarkan kembali...itu tidak akan terjadi.


Mengaduh kepada ibu dan abah?
Tidak...sudah cukup kau menyusahkan mereka. Berikanlah mereka kebahagiaan. Khabar itu nanti pasti mengundang derita dan kekecewaan buat mereka. Bukankah kau lebih mengenal siapa mereka?

Berterus terang dengannya, dan minta sedikit simpatinya?
Bolehkah? dia sendiri punya masalah. Aku tidak mahu memberi masalah kepadanya. Aku tidak mahu memburukkan keadaan lagi.Cukup dengan hadirku membawa onar dalam kehidupannya. Masakan dia mahu menerima aku, siapa aku? bukankah dia sudah punya penghidupan bahagia sebelum ini. Seperti melukut ditepi gantang pula..

Lari? Meninggalkan tempat ini ke satu tempat asing?
Ya..mungkin boleh... tapi, tidakkah hilangnya aku nanti akan menimbulkan kebimbangan buat keluarga dan orang yang menyayanngimu? Fikirkan lagi?

Bagaimana kalau aku bunuh diri?
Ah...itu salah jalan yang akan diambil oleh orang yang tidak beriman. Berimankah aku? Tidak...walau aku sehina-hina insan..aku tidak akan mengambil jalan itu. Kuatkan imanku ya Allah..

=================
27April/Exam
29April/Exam
30April/Chekup hospital
1Mei/Cuti
2Mei/Exam

No comments:

Post a Comment