Sekadar ingin berkongsi cerita...
Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat
berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa.
Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter.
Rumah berselerak sikit, berleter.
Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami
berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat.
Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat
pelbagai penyakit.
Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad
ni tersenyum dan bagitau pada si suami.
"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang
berletiaq". "Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji
ni".
"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia
tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang
dalam".
"Itu saja ke haji?" "Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."
"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".
Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh.
Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.
"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai
lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik
merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah
ni."
Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni
pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia
tadi.
Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni
bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi.
Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada
hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik
ni".
Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan
diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang
rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak
digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak
isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke
rumah.
Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia
bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa
duduk di rumah.
Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada
leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah.
Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari
ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa
isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa
dengan Hj. Ahmad.
"Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh
tak saya dapatkan balik isteri saya tu?".
"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan
menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong
pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi
cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu,
hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam
lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali.
Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali.
Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah
mampuih la."
Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang
dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3
hari yang lepas.
Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke
dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.
Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak.
Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau.
"Dah mati ke bini aku ni?" Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira.
Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.
"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"
Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun
aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk.
Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".
p/s: Hah ?moral of the story? jembalang pun tak tahan dengor org yg suka
berleter tau !!!

No comments:
Post a Comment