Sunday, April 5, 2009

Kecundangnya dua pelajar dari Sabah

Semalam di akhir gelanggang AF, dua peserta dari Sabah Rubisa dan Zizi terkeluar apabila mendapat undian tercorot dalam senarai 13 pelajar yang ada.

Dalam erti kata lebih teruk, kedua-duanya terkeluar kerana gagal mendapat perhatian dari peminat AF.

Ketika melihat reaksi orang ramai dan peminat AF di @15 di channel 109, ramai yang tidak bersetuju dan menyatakan rasa tidak puashati terutama Zizi yang rata-rata mendapat pujian daripada keempat-empat pengadil.

Zizi bukan saja mempunyai suara yang lain daripada pelajar lain tapi punya personaliti yang menarik tanpa perlu dibuat-buat.

Terkeluarnya, Zizi dan Rubisa menyemarakkan kemarahan peminat AF dari Sabah, sehingga berani meletakkan jangkaan Astro bakal mengalami kerugian kerana kehilangan pengundi yang kebanyakannya dari Sabah.

So, lepas ni pakat-pakat tengok benarkah tanggapan itu, atau drama terkeluarnya dua pelajar ini adalah satu drama untuk meraih undi dan perhatian masyarkat.

Nampaknya, minggu nyanyian bertemakan lagu 2 icon terulung Malaysia, iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search itu membawa pengakhiran dalam perjuangan seni Zizi dan Rubisa dalam AF.

Apa pun, yang menariknya tak tak sangka persembahan dari Akim selain Zizi amat menghiburkan dan berjaya buat penonton jatuh cinta.

Tidak pula bagi persembahan Yazid yang membawa lagu Datuk Siti berjudul "Aku Cinta Padamu" yang memerlukan pencerita sang pencinta.

Beliau membawakan lagu dan perasaan jatuh cinta itu dalam nada yang sedih dan kecewa. Kalaulah lagu itu ditujukan kepadaku pasti awal-awal lagi cintanya sudah ku tolak.

p/s: Apa pun, aku tetap menggemari lagu "Aku Cinta Padamu" kerana mendengar lirik dan bait-bait lagu itu amat indah dan sudah cukup membawa aku dalam angan-angan dalam kisah cinta bersama si dia. Jom berdendang denganku...

AKU CINTA PADAMU..
Andainya engkau ku miliki


Terdahulu sebelumnya...
Andai ku curah rasa hati..
Mungkin kini...
Ku kan tenang di sampingmu

Belum...puasku menikmati
kesan kasih sayang
kau terpaksa pergi
Inginku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku

Betapaku cinta padamu
Katakanlah kau cintapadaku..
Sematkanlahku di hatimu...
Walau dimana berada
Ingatku dalam doamu

Hiasilah hati
dengan cinta suci
Selamanya...

...Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Aku kan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi...
oh...

Lagu: Aku cinta padamu, by Datuk Siti Nurhaliza


No comments:

Post a Comment