Friday, April 24, 2009

Catatan 1: Kuatkan semangat menanti sinar

===============================
  • Jangan mudah berputus asa. Selagi ada nadi di hujung nafaz ini, penghidupan harus diteruskan.
  • Ingatlah... selalunya Tuhan akan berikan musibah sebelum Dia memberikan nikmat hikmatnya.
  • Ingatkan pada diri untuk terus tabah dan kuat. Aku juga ingat mengingatkan diriku sendiri, agar lebih tabah dan kuat demi sebuah penghidupan orang lain. Aku cuba tanamkan dalam jiwa bahawa tidak semua apa yang diinginkan akan kita perolehi walaupun kita boleh melakukannya.
  • Berdoa kepada Tuhan agar permudahkan kesukaran ini dan berilah kekuatan untuk kita menghadapinya. Andai takdir Ilahi untuk seseorang manusia hanya berada di sini, maka di sinilah dia. Andai Dia mahu seseorang manusia itu mendapat lebih baik dari itu pasti ia dengan mudah akan terlaksana.
  • Berbuat baik pada orang lain, agar hidup ini lebih diberkati.
  • Cuba memaafkan orang lain agar kesalahanku pada orang lain juga turut akan dimaafkan, dan untuk ketenangan jiwa sendiri.
  • Cuba munasabah diri untuk mengingatkan dan memperbetulkan apa yang tidak betul. Kerana kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lalukan.
  • Jangan berfikir negatif pada orang lain. Mungkin dia juga mempunyai sebab mengapa jalan itu yang dipilih.

Catatan 2: Buat sesuatu untuk diri sendiri
=========================
  • Berjimat untuk masa depan
  • Fokuskan kembali matlamat hidup dan mencapai kegembiraan
  • Sederhanakan hidup
  • Bulatkan hati dalam membuat keputusan
  • Jangan mudah mengalir airmata, walaupun sememangnya kau mudah menangis, demi sebuah penghidupan hapuskan airmata itu dan tidurlah...esok pagi pasti kau tidak lagi bersedih.
  • Ingat dan plan untuk hari esok.
  • Tinggalkan segala kepahitan di satu ruang untuk kau simpan. Jangan pula kau lupakan, kerana tanpa kepahitan itu pasti tidak akan mewarnai kehidupanmu dan membuat kau matang. Ada masa imbau kembali kepahitan itu walaupun kadang mengguris perasaanmu kembali.

No comments:

Post a Comment