Hari ini tugasanku agak awal, kira-kira jam 7 pagi di Dataran Deasoka. Memandangkan bahan untuk citra hawa masih tidak ada lagi, aku tawarkan diri untuk 'cover' acara itu walaupun di awal pagi.Ah..liat juga bangun pagi tadi. Selepas acara selesai kira-kira jam 9.30 pagi, aku terus menuju ke pejabat sambil menyelusuri tamu Jalan Gaya. Sudah lama tidak berjalan-jalan di sini. Selepas membeli beberapa juadah untuk sarapan termasuk laksa yang sudah lama aku idamkan, aku terus masuk ke pejabat. Rasanya belum ada lagi orang ketika ini.
Ah..tersasar sangkaan. Ingatkan tiada orang, rupanya ada yang lebih awal dariku.
Namun, cerianya pagi ini tiba-tiba mengubah mod ku pagi itu. Tidak sangka dan agak terkejut tentang kejadian itu. Tidak sangka aku akan dimarahi dan memarahi dan terkejut kerana niat baikku disalahertikan.
Seumur hidupku, belum pernah lagi bergaduh atau berbalah dengan orang lain. Selalunya sekadar dengan adik-adik saja. Tapi pagi ini benar-benar menguji kesabaranku. Nampak juga aku bukanlah seorang yang lembut hati dan agak degil juga.
Tidak perlu dinyatakan siapa gerangan di pihak yang sebelah sana, cukuplah sekadar aku saja yang tahu. Setelah berbalah dan bertegang leher dengan lelaki itu.. tanganku terus mendail sesiapa saja untuk menghilangkan rasa geram dan marah. Bergegar juga rasanya menahan marah...Patutlah Hadis ada menyebutkan marah boleh membawa bermacam sengketa tanpa kita sedari. Beberapa kali aku beristigfar dalam hati agar marah ini dapat ku tahan.
Dengan pelbagai rasa, aku terus mencapai beberapa helaian tugasan yang perlu aku selesaikan segera. Kerana menahan marah juga, cerita yang sepatutnya ku siapkan setengah jam, dapatku siapkan 15 minit saja. Setelah selesai, aku terus mencari ruang untuk lapangkan dada dan legakan apa yang tidak lega.
Tidak mengapalah...mungkin ini yang aku kena hadapi sementara masih berada di sini. Setidak-tidaknya bila sudah tidak bersama UB lagi, boleh dijadikan kenangan.
Tapi, jauh di sudut hati aku mengharapkan agar UB akan lebih cemerlang dan dihindarkan dari manusia yang mementingkan diri sendiri dan 'blur' (tidak tahu menggambarkan ia seperti apa...huhuhu)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment