Ketika melayari blog demi blog, saya singgah sebentar di blog Gerbang Baru... membaca setiap tulisan yang pastinya saya mengenali gerangan penulisnya.
Apa yang menarik perhatian saya, mengenai ulasan tulisan seorang penulis bernama Ezza Fazlina J dalam `Puteriezz.com’ mengenai pandangan beliau tentang pengertian sebuah cinta.
Mungkin anda boleh ikuti sedikit tentang tulisannya di bawah ini...Semuanya di bawah ini pernah saya alami...namun benarkah ia boleh dipercayai?
* Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
* Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia redha. Baginya yang penting anda bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
* Orang yang mencintai selalu menerima kamu seadanya
* Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca...kerana saat bersamamu itu tidak mungkin berulang selalu
* Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya, kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya. Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? Pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
* Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
* Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya, dan mungkin juga dia tengah sendu di hujung talian mendengar setiap kata-kata kamu.
* Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. Tiada lagi masa dihadkannya bersama teman-temannya hanya untuk bersama kamu.
* Kalau kamu melihat telefon bimbitnya, maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS daripada kamu walaupun ia dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Bukan itu saja, pasti nama kamu juga sudah bertukar dengan nama-nama tertentu di dalam 'booklist' telefonnya itu
* Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment