Dua minggu lepas, heboh diperkatakan mengenai kewujudan fenomena meperdagangan manusia di negeri ini.
Semuanya apabila Tenaganita membongkarkan kenyataan agensi itu sendiri kepada media. Benarkah? Lantas pelbagai pihak mengutarakan pelbagai reaksi dan pendapat masing-masing.
Tidak tahu samada ianya benar-benar berlaku dalam lingkungan masyarakat kita atau tidak. Namun, daripada komentar dari rata-rata pemimpin masyarakat dan pihak berkuasa menyangkal perkara itu.
Benar atau tidak, bukan itu yang menjadi persoalan. Namun, sekiranya benar-benar wujud, harus difikirkan kembali, apakah yang terjadi dengan masyarakat hari ini?
Adakah sedang dilanda dilema ataupun sudah ketandusan idea untuk mencari peluang hidup tidak kira kepada yang teraniaya atau yang menganiaya.
Sedih dan terkejut andai ia berlaku dalam keluarga dan masyarakat kita sendiri. Melihat isu ini di negara-negara asing yang lain, gejala pemerdagangan orang ini tertumpu kepada anak-anak dan wanita muda dengan cara kreatif dan kejam.
Biasalah...mula-mula pasti yang teraniaya itu sudah termakan janji kemewahan, pekerjaan, perkahwinan, ataupun ada juga yang menawarkan kesempatan untuk mendapatkan pendidikan dan kehidupan yang lebih baik.
Berdasarkan Akta Anitpemerdaganagan Orang 2007, gejala ini bermaksud mana-mana orang yang menjadi mangsa atau objek perbuatan pemerdagangan orang.
Ia lebih mudah diistilahkan ertinya 'perekrutan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, pengediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud ekploitasi.
Seterusnya, ekploitasi itu termasuk segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan atau apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Namun, yang pasti ia datang dari sikap ketamakan dan kerakusan manusia yang semakin memuncak sehingga seorang manusia tergamak memperdagangkan manusia lain demi kemewahan dan wang ringgit.
"Seksyen 12 Akta Antimeperdagangan Orang 2007 (Akta 670) menyatakan mana-mana orang yang memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi, melakukan sesuatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda dan penjara tidak lebih 15 tahun."
Begitu juga dengan gejala keganasan terhadap wanita. Setuju atau tidak, sintom ini merupakan satu budaya senyap yang harus dihentikan, kerana ia sering dilakukan oleh orang yang dikenali dan perdekatan dengan mangsa, termasuk ahli keluarga atau ahli keluarga terdekat.
Data (KPWKM) menunjukkan bahawa satiap seorang dari tiga wanita di seluruh dunia ini mengalami keganasan samada dipukul, dijadikan habuan seks, ataupun didera dan dianiayai melalui pelbagai cara.
Selain itu, data juga menunjukkan bahawa seorang dari empat orang wanita dizalimi dan didera ketika sedang mengandung.
Bagaimanapun, untuk menghapuskan atau membendung masalah ini adalah dengan kerjasama ahli masyarakat terutama kaum lelaki itu sendiri sebagai suami, bapa, abang dan ahli keluarga.
Tidak banyak bezanya, bayangkan andai semua ini berlaku pada ibu, kakak atau adik perempuan anda. Aduhai lelaki, sedarlah...tanpa wanita hidup anda tidak mungkin ceria dan bahagia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment