Sunday, April 26, 2009

TERLALU ISTIMEWA


Terlalu istimewa...seorang gadis OKU yang mengambil bahagian dalam persembahan sempena perasmian Hari Bertemu Pelanggan KPWPM, di sini kelmarin. Lagu yang didendangkan berjudul Terlalu Istimewa menjadikan dirinya amat istimewa ditambah beliau memiliki suara yang begitu merdu. Beliau menerima tepukan gemuruh dari orang ramai yang menyaksikannya. Terharu dan tersentuh melihat gadis ini. Tiba-tiba teringat pada Paiko. Apakah khabarnya di sana. Baru kelmarin kedengaran suara di hujung talian. Walaupun tidak memahami apa yang ingin disampaikannya, namun aku pasti dia ingin mengadu sesuatu. Kalaulah kau sempurna seperti orang lain pasti hidupmu lebih bermakna dan nakal kan... yang penting kau tetap kesayanganku. Rindu dari kejauhan....

No comments:

Post a Comment