Sunday, April 12, 2009

PERMULAAN YANG BAIK BUKAN SATU JAMINAN

========================================
Permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Benar, itulah realiti sebuah kehidupan. Meskipun kita sudah merancang sehabis mungkin dengan pelbagai usaha dan kudrat, namun ia tetap tidak bermakna akan memberikan hasil yang diharapkan.

Termangu aku seketika dihadapi coretan sebuah tulisan yang diemelkan padaku....tidak tahu apa reaksi yang aku berikan..hanya termampu terdiam dan berfikir macam-macam mengenai tulisan itu.

Hanya terluah...akhirnya...dan ku bawa tidur tanpa sebarang ingatan.

Sedikit masa terluang selama tiga hari di kampung, aku menyelongkar kembali sebuah kotak kecil yang telah lamaku simpan mungkin sejak ku dibangku sekolah.

Ingin tahu, aku adalah penulis diari yang setia sejak dahulu lagi...mungkin kerana merasakan lebih selesa meluahkan rasa hati dengan menulis. Ia lebih selamat dan rasa terjamin....tidak seperti manusia yang sukar dimengerti.

Kotak kecil itu adalah tempat yang menyimpan seribu memori hidupku, calitan kepahitan mahupun kenangan indah yang berlaku sepanjang hidupku ...semuanya berharga mematangkan aku sebagai seorang manusia.

Tidak tahu pula, mengapa tergerak hati ingin membaca kembali catatan memori itu. Terlalu banyak nostalgia..sesekali membaca kembali catatan memori terkenang kembali penghidupan lamamu ketika di usia remaja.

Benarlah...permulaan yang baik bukanlah satu jaminan membina satu kebahagiaan.

Mungkin juga kita saja buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh, sedangkan sebelah pihak lagi menganggap ia sekadar tempat persinggahan. Aduhai..sedihnya hidup kalau begitu.

Tapi, bukanlah hidup juga satu persinggahan dan tidak punya skrip yang boleh mengatur jalan cerita yang akan dilalui. Samalah juga seperti apa yang diperkatakan oleh Era Fazira dalam lagunya... "yang indah itu hanyalah sementara"... ya betul...

Dan pada ketika itu, apa yang perlu dilakukan hanyalah mendiam diri menyerah kepada-Nya tentang apa yang bakal ditentukannya.

Adakah itu lebih baik? Atau lebih baik mendengar khabar meskipun ia satu yang menyakitkan berbanding senyap seribu bahasa?

Terfikir juga, kalau tiada sebarang khabar berita, tentu sahaja semuanya seperti biasa dan baik-baik saja..

Hakikatnya tidak… Apa perasaan dan apabila ada kenalan yang tiba-tiba senyap. Menyepikan diri. Lama tidak kedengaran sebarang berita, tiba-tiba apa yang sampai ke telinga tidak enak pula. Berwaspadalah dengan teman yang sepi, kerana hilangnya ia pasti di dalam sunyi.

Kadang-kadang kita sendiri juga tidak boleh berkata apa andai suatu keputusan yang diambil bukan lahir atas kemahuan sendiri. Semuanya bergantung kepada keadaan dan semuanya perlu diperhalusi sebaik mungkin.

Mungkin juga keputusan yang diambil itu sukar untuk kita terima kerana terasa seperti dikhianati atau diperbodohkan...mungkin juga keberadaan kita juga tidak penting berbanding yang lain...atau banyak lagi kemungkinan..

Tapi sesekali harus diingat juga secara positifnya, sekurang-kurang ia bukan lagi satu kepura-puraan, serta patut diberikan pujian kerana bersikap jujur kerana berterus terang akhirnya dan tidak hipokrit.

Ketika itu tidak perlu lagi menanti satu pengharapan, tidak perlu lagi berpura-pura, tidak perlu lagi pertanyaan.

Namun, semuanya hanyalah bergantung kepada kejujuran dan kesanggupan kita untuk melakukan sesuatu perkara.

Itulah yang dapat saya simpulkan mengenai satu jawapan kepada persoalan hidup. Semua selepas membaca dalam satu laman blog yang saya lawati, mengenai satu kehidupan yang terlalu banyak bergelumang dengan masalah peribadi dan masyarakat. Untung-untung lepas ini, saya lebih mengenal diri sendiri dalam memilih sebarang keputusan.

p/s: Bukankah sebelum ini, kau pernah berkata tidak mahu bercinta..tapi sekarang...apa dah jadi? kan lebih baik hidup sendiri2.

No comments:

Post a Comment