Sunday, May 10, 2009

Bingkisan Warga UB buat insan bernama Ibu

BERTUAHNYA insan bergelar ibu..dirai setiap waktu. Pasti ada saja kejutan dan acara yang diadakan tanda ingatan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

Benarlah seperti coretan seorang penulis terkenal, "Tiada perkara yang lebih bermakna dan berharga selain dapat menjadi seorang Ibu."

Daripada melahirkan, membesarkan dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak dalam satu-satu masa tidak mungkin terbalas oleh anak-anak.

Beberapa hari lalu saya menerima satu pesanan ringkas dari orang yang amat saya sayangi...yang berbunyi:-

"Hanya hati menerima cinta... Hanya fikiran menerima kebebasan...Hanya tangan menerima pemberian...dan Hanya yang disayangi akan menerima mesej ini..."

Tersenyum penuh kasih saya membaca bait kata-kata itu. wah...sudah pandai bersms seperti itu..Ah...rindunya padanya.

Di akhir mesej itu, diselitkan lagi satu pesanan berbunyi "Hantarkan sms ini kepada lima orang yang tidak pernah anda lupakan termasuk saya, sekiranya tiga sms ini balik kepada anda, maknanya anda adalah disayangi oleh ramai orang"

Tapi oleh kerana mengantuk, saya tidak membalas sms itu sekadar SMS rasa kasih seseorang saja. Saya terus menyambung lena harap-harap mimpi dia datang mendodoikan tidurku...

Eh..jangan pula salah anggap...dia adalah orang yang melahir dan membesarkanku.

Walaupun baru saja saya kembali ke kampung, tapi terasa rindu itu sudah kian terbeban. Sempena hari ibu kelmarin (10 Mei) tiada apa yang dapat saya hadiahkan...

Seperti kebiasaan tahun-tahun lepas jika tidak berkesempatan bersama keluarga, sekadar ucapan penghargaan yang dapat dikirimkan sempena Hari Ibu.

Biasalah...dikejauhan ini jarang dapat balik ke kampung bertemu keluarga.

Sebelum keluar rumah pagi kelmarin, ibu menghubungi saya. Dalam suara yang terasa jauh dan tenggelam timbul itu, terdengar ibu bertanya,

"Kenapa tidak jawab sms itu". Serba salah...Ah..kena jawabkah? Saya tidak punya jawapan untuk soalan itu. Timbul pula rasa simpati dan terkilan. Pasti ibu tertunggu-tunggu akan jawapan dari anaknya sejak tadi.

"Ibu, kasih sayangku bukan terletak pada sms. Ia lebih dari itu," saya menjawab ringkas. Ya, memang benar. Kasih sayang dan rasa cintaku bukan terletak pada semua itu.

Tidak tahu bagaimana untuk menyatakan, ingatan ini terus ku layangkan ke kampung membayangkan wajah ibu kesayangan.

Apalah agaknya yang dilakukannya. Pasti dia rasa sunyi kerana kedua-dua anak perempuannya tidak berada di sisinya ketika ini. Rindunya padanya.

Untuk itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya, Jamalia Baliga dengan ucapan "Kasih sayang dan pengorbananmu tidak ternilai dan tidak mampu aku balas. Cuma ku mohon kepada-Nya agar kurniakanlah kesihatan agar aku sentiasa buat dia tersenyum dan bahagia".

Di kesempatan ini, Pereka Grafik ruangan Citrahawa, Alex Duin turut untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunya yang berada di Kampung Pinawantai, Matunggung. "Selamat Hari Ibu istimewa buat mama."

==========================
Sahar Boraera (Wartawan)
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu tersayang, Saniasa Latip yang berada di Tawau. Semoga ibu berada dalam keadaan sihat selalu. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan yang selama ini dicurahkan tidak dapat saya balas. Tiada apa yang dapat saya berikan selain doa ingatan agar kau berada dalam keadaan sejahtera di samping keluarga."

Wiilie Jude Junaidi
"Selamat hari ibu diucapkan kepada semua ibu-ibu di dunia terutama kepada 'mummy' tersayang, Juvita Gulabok Bingkasan. Bimbingan dan kasih sayang yang 'mummy' curahkan kepada kami adik-beradik selama ini akan kami hargai sampai ke akhir hayat. Bagi kami, 'mummy' lah wanita nombor satu di hati, terima kasih atas segalanya dan semoga Tuhan terus memberkati kita sekeluarga."

Hassim Haji Othman
"Selamat menyambut Hari Ibu kepada emak saya, Muntai Tahir yang berada di Kampung Pimping, Membakut. Sesungguhnya tiada apa yang dapat ku berikan selain kasih sayang dan doa semoga emak akan sentiasa sihat. Selain itu, ucapan selamat hari Ibu juga saya tujukan buat isteri yang saya cintai, Rusni Alip @ Rozana Abdullah. Terima kasih kerana sudi menjadi ibu kepada anak-anak kita dan menjadi suri hidup abang selama ini. Terima kasih juga kerana terus setia bersama abang dikala susah dan senang. Abang sayangkanmu."

Mariah Doksil
"Manja mungkin bukan anak yang terbaik dan Manja mungkin anak yang degil tapi Manja sangat sayangkan Mama. Maaf kerana tidak dapat menjadi anak yang terbaik. Walau apapun yang Manja lakukan nanti, harap agar Mama mengerti. Manja janji di atas darah yang mengalir ketika melahirkan Manja bahawa keluargalah yang akan Manja akan utamakan. Selamat hari Ibu, Mama.

Nik Jasni Che Jaafar
"Walau jarak dibatasi bumi, walau kasih hanya tinggal dalam kenangan, walau belaian manja hanya menjadi silam terindah, walau hangat kasih hanya hadir dalam bayangan, walau langkah tiada lagi dipimpin erat, walau marah tiada lagi ditegur mesra, walau nafas sesak mendamba sandaran hangat, hanya Yaasin menghantar kasihku padamu. Sesungguhnya, menjadi anakmu adalah kebanggaan terbesar dalam hidupku.Syukur pada Tuhan, aku lahir sebagai anakmu, Tengku Zizah binti Raja Soh. (Al-Fatihah). Selamat Hari Ibu. Juga buat semua ibu-ibu di dunia. Pengorbananmu ibu, takkan terbalas walaupun kami hidup untuk selamanya."

Maryati Mursidi
"Kepada Ibu saya, Siti Runai Latip saya ucapkan selamat hari

No comments:

Post a Comment