Saturday, May 16, 2009

Satu pengalaman baru

Semalam selepas kerja, saya singgah sebentar di sebuah kedai untuk membeli sedikit barang keperluan. Asyik meninjau apa lagi yang hendak dibeli, saya terpanggil untuk ke satu ruang. Tidak ramai pelanggan di situ. Tiba-tiba saya tersenyum sambil membelek-belek barangan yang tersusun di beberapa rak. Dalam hati, berbisik... 'Masanya sudah tiba..' dengan sedikit kelapangan masa ketika itu tidak salah rasanya aku menghabiskan masa sejam atau lebih untuk melihat atau 'explore' apa lagi barangan yang ada. Ah..taksangka mahal juga walaupun barangannya semua kecil-kecil. Aneh juga dirasakan, tersenyum malu sendiri saya..oh.. ini satu pengalaman baru buat saya seumur hidup. Sebelum beredar, sempat juga saya membeli sedikit barangan dari sudut itu. Sambil menuruti tangga kedai itu, terasa senyuman saya masih lagi bersisa. Hai..angaukah? Berbeza benar 'happy' ini...walaupun banyak kebimbangan dalam hati, tapi jauh dilubuk hati ini terselit satu rasa yang sukar dimengertikan.. (hanya aku saja yang faham)...dan yang pastinya saya pasti akan datang lagi untuk membelinya. Pasti.

No comments:

Post a Comment