Sunday, March 15, 2009

UB kini pudar sinarnya

Kini UB tidak seperti dulu. Halatuju dan rasa yang bersatu sebelum ini sudah punar warnanya. Aura penulisan dan daya tarikan setiap artikel dan warkahnya seolah-olah hambar. Sekelip mata saja UB merundum dan liputannya bukan lagi di tahap luar biasa seperti yang dirasakan sebelum ini.

Mungkinkah perginya salah seorang warga UB sehingga membawa semangan kerja dan auranya sekali? Sehingga turut membawa peminat dan pembaca UB beralih ke akhbar lain atau mencari alternatif bacaan lain.

Bukan hendak menyalahkan sesiapa, tapi aku agak terkilan dan kecewa. Kerana kepentingan diri sendiri sesetengah pihak sanggup menggadaikan maruah dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Tidakkah orang itu mengetahui pengamal media atau medium media itu sendiri mempunyai tanggungjawab dalam mendidik masyarakat dan meletakkan harga diri di tempat yang tinggi.

Aku sudah mula letih dan tidak sanggup berhadapan dengan keadaan ini serta tidak sanggup melihat kejatuhan UB di depan mata. Kerna di sinilah cita-citaku pertahunan, di sinilah keluarga akrabku terjalin, dan di sini jugalah cintaku bersemi.

Benar kata seorang sahabat, Tanda dia (Orang yang membawa UB ke tahap ini, dan kini sudah meninggalkan UB), UB tidak akan 'Hidup' dalam erti kata sebenar, dan tidak 'Segembira" dahulu.

p/s: Semoga UB terus unggul dan menjadi Citra Generasi Prihatin

1 comment:

  1. Jangan susah ati...kita masih boleh naikkan nama UB..memang aura UB dulu telah dibawa keluar sedikit..tetapi bukan maksud aura kita turut ikut keluar..jika semua aura kita bersatu ia akan menjadi kuat seperti aura kame hame ha oleh Son Goku..apapun seperti satu prinsip yang saya pegang selama ini, 'jatuh bangun semula' walau terkubur pun saya akan korek untuk keluar dan bangun semula...biarlah semangat dulu terus memimpin kita untuk membuktikan kepada sesiapa pun...Bos Lichung pasti akan sangat gembira bila melihat kita berjaya..dan biarlah kejayaan itu kita tujukan kepada dia...sekian aramai tih

    ReplyDelete